PROGRAM nyanyian kegemaran ramai, Gegar Vaganza (GV) kini kembali dengan musim ke-11 dengan menampilkan gabungan penyanyi berpengalaman daripada pelbagai genre muzik sebagai peserta.
Edisi kali ini kembali kepada format asalnya, di mana barisan peserta yang terlibat terdiri daripada penyanyi yang sudah lama tidak membuat kemunculan dalam industri dan pernah popular pada era masing-masing.
GV11 membariskan 14 peserta yang terdiri daripada Ning Baizura, Liza Aziz, Illa Sabry, Zehra Zamri, Sheila Abdul, Arrora Salwa, Reshmonu, Ronnie Hussein, Nai Dinamik dan Fairuz Selamat (bekas vokalis kumpulan Q-Face dan Antz).
Diikuti tiga peserta dari Indonesia iaitu Inka Christie, Dyrda Dadali dan kumpulan The Lima. Sementara Yazid (vokalis kumpulan Love Hunters) pula merupakan peserta tunggal dari Singapura.
Program musim ini masih mengekalkan formal asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem pemarkahan 100 peratus daripada barisan juri profesional.
Gandingan juri tetap musim lalu yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang sekali lagi diberi kepercayaan untuk menggalas tugas tersebut.
Sementara itu, Nabil Ahmad dan Jihan Muse juga dikekalkan sebagai hos program yang bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam dan disiarkan di saluran Astro Ria selama 12 minggu bermula 24 November ini. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:

0 Comments