Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Bakal temui penonton Disember ini, Squid Game musim kedua bawa lebih banyak kejutan


SIRI kegemaran ramai, Squid Game kembali mengundang teruja penonton apabila bakal tampil dengan musim keduanya yang akan ditayangkan pada 26 Disember depan.

Treler permainan survival dari Korea itu telahpun dilancarkan oleh Netflix, sekali gus memberikan gambaran awal tentang apa yang bakal berlaku dalam musim terbaharu ini. Malah musim kedua ini dijangka akan membawa lebih banyak kejutan dan cabaran yang lebih mendebarkan.

Siri popular itu sekali lagi diarah, ditulis, dan diterbitkan oleh Hwang Dong-hyuk yang menyaksikan latar masa yang bermula tiga tahun selepas tamatnya permainan sebelumnya.

Apa yang pasti, pelakon Lee Jung-jae kekal menjayakan peranannya sebagai Gi-hun yang juga dikenali sebagai Pemain 456 yang memenangi permainan tersebut.

Pada musim ini Gi-hun kembali dengan tekad baharu dan sekali lagi menyertai permainan survival misteri itu dengan memulakan satu lagi permainan hidup atau mati bersama peserta baharu.

Selain Lee Jung Jae, pelakon lain yang turut kembali ialah Lee Byung Hun sebagai Hwang In Ho atau The Front Man dan Wi Ha Joon sebagai Hwang Jun Ho.

Squid Game sebelum ini telah menjadi fenomena global selepas ditayangkan Netflix pada 2021. Siri itu juga telah mendominasi carta 10 Teratas Global selama sembilan minggu berturut-turut di mana ia merupakan pencapaian tertinggi kali pertama untuk mana-mana siri bukan berbahasa Inggeris, selain mencipta sejarah cemerlang dengan kemenangan di Anugerah Emmy pada 2022.

Dalam pada itu, Netflix turut mengumumkan musim ketiga siri itu yang dijadualkan ditayangkan pada 2025, akan menjadi musim terakhir Squid Game. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:


Post a Comment

0 Comments