Oleh: AILEEN ADAMBINTANG K-POP yang juga anggota kumpulan BTS iaitu Suga didenda sebanyak 15 juta won (RM47,000) oleh mahkamah atas kesalahan menunggang skuter elektrik di bawah pengaruh alkohol.Media tempatan melaporkan hukuman tersebut diputuskan hakim Mahkamah Daerah Barat Seoul, Korea Selatan pada minggu lalu selepas kesnya dirujuk kepada pihak pendakwaan pada 11 September lalu.
Suga atau nama sebenarnya Min Yoon Gi boleh memohon perbicaraan biasa dalam tempoh tujuh hari jika dia berhasrat untuk menolak atau mencabar keputusan tersebut.
Rapper itu sebelum ini ditahan selepas terjatuh daripada skuter elektrik yang ditunggang berhampiran kawasan kediamannya di daerah Yongsan dan hasil pemeriksaan mendapati dia berada dalam keadaan mabuk pada 6 Ogos lalu.
Bagaimanapun, Suga, 31, kemudiannya dibebaskan di bawah pengawasan polis dan dikenakan denda, selainlesen memandunya turut dibatalkan.
Susulan itu, dia telah tampil memohon maaf atas perbuatannya dan menyifatkan insiden tersebut sebagai tingkah laku yang cuai dan salah.
Kes tersebut mencetuskan kemarahan sebahagian peminat BTS yang kecewa dengan tindakannya. Mereka juga menghantar jambangan bunga berhampiran ibu pejabat HYBE, dengan mesej meminta Suga meninggalkan kumpulan itu.
- 7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments