Hot Posts

6/recent/ticker-posts

"Tidak usah tangiskan perkara yang lalu lagi" - Ramayan titip mesej bermakna


BAND Band indie dinamis, Ramayan kini kembali dengan pelancaran single terbaharu berjudul Jangan Biar.

Karya istimewa yang sudah boleh dinikmati di semua platform digital itu merupakan single ketiga daripada album penuh mereka akan datang, Ini Adalah Ujian Transmisi!.

Menariknya, Jangan Biar turut menampilkan Lunadira, bakat baharu yang namanya sedang meningkat naik. Penyanyi yang sebelu ii biasa tampil dengan karya bahasa Inggeris itu memberanikan diri menerima pelawaan Ramayan demi mencari kelainan.

Single dan album Ramayan kali ini mendapat sentuhan magis daripada penerbit terkenal, Faliq Mohd atau lebih dikenali sebagai FLQ, yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan ramai artis tanah air seperti Hullera, Gard, The Islandz, Monoloque dan banyak lagi.

Menurut Ramayan, kerjasama tersebut menjanjikan pengalaman muzik yang mendalam dan penuh makna kepada pendengar.

"Lagu ini menggambarkan perasaan deja vu; mengalami sesuatu seakan-akan pernah mengalaminya pada suatu masa dahulu, dan terperangkap dalam masa tersebut.

"Walaupun mungkin terdengar seperti lagu cinta antara lelaki dan wanita, ia lebih kepada refleksi diri dan nasihat untuk teruskan kehidupan dan tidak usah tangiskan perkara yang lalu lagi," jelasnya.

Tambah Ramayan lagi, mereka berharap single yang dilancarkan di bawah label rakaman Luncai Emas itu dapat diterima baik penggematr muzik tanah air.

"Kami berharap agar Jangan Biar bukan sahaja menghibur tetapi juga membawa pendengar dalam perjalanan spiritual untuk merenung, menyerah, dan bersyukur, sesuai dengan tema keseluruhan album kami.

"Dengan pelancaran single ini, kami mengajak semua peminat untuk merasakan kekuatan emosi dan mesej mendalam yang terkandung dalam lagu ini," katanya. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:
[KREDIT: Luncai Emas - Terima kasih Opie]

Post a Comment

0 Comments