Hot Posts

6/recent/ticker-posts

The Journey of Sound, Siti Nurhaliza dan Judika kongsi pentas satukan peminat muzik nusantara


DUA pesohor dunia hiburan dari dua negara serumpun, Datuk Siti Nurhaliza dan Judika bakal tampil berkolaborasi dalam satu persembahan epik demi para peminat mereka di seluruh nusantara.

Kedua-dua penyanyi yang mempunyai vokal dan pesona tersendiri itu akan berkongsi pentas menerusi konsert The Journey of Sound yang bakal berlangsung di Stadium Merdeka, pada 14 Disember depan.

Judika atau nama sebenarnya Judika Nalon Abadi Sihotang melahirkan keterujaan dan berbesar hati untuk berkolaborasi dengan Siti Nurhaliza.

“Tentu sahaja saya tidak punya alasan untuk menolak satu panggung (pentas) bersama Datuk Sri Siti Nurhaliza yang saya hormati, apa lagi berkolaborasi dengannya dalam sebuah konsert berjudul The Journey of Sound.

“Saya tidak boleh menjanjikan bulan dan bintang tetapi percayalah anda akan menikmati sebuah pengalaman luar biasa di The Journey of Sound bukan hanya kerana saya dan Siti Nurhaliza selaku subjek utama tetapi bagaimana keseluruhan produksi konsert ini mempersembahkan konsep yang spektakular untuk ditonton,” katanya.

Satukan peminat

Universe Gateway selaku penganjur meletak harapan besar agar konsert tersebut menjadi tanda aras dan penutup tahun 2024 yang sentiasa melestarikan ‘persahabatan’ dua negara menerusi bidang hiburan.

Ketua Pegawai Kewangan Universe Gateaway, Isa, berkata, pihaknya berbesar hati menganjurkan The Journey of Sound yang menampilkan kolaborasi dua figura hebat dunia hiburan nusantara itu.

“Mungkin khalayak sudah pernah menonton Siti Nurhaliza dan Judika berduet atau satu pentas sebelum ini tapi percayalah konsert akan menjadi panggung yang menyaksikan mereka mempersembahkan sesuatu yang di luar jangkaan anda.

“Persembahan ini akan menjadi konsert mega daripada dua penyanyi daripada negara berbeza tetapi dengan tujuan sama iaitu mengukuh dan mengeratkan silaturahim peminat muzik di Nusantara,” ujarnya.


Lebih daripada itu, nama The Journey of Sound juga digunakan bersempena dengan perjalanan karier dan jatuh bangun sepanjang dua anak seni berkaliber itu mencetak sejarah dalam dunia hiburan.

Siti Nurhaliza dengan 28 tahun pengalaman sebagai penghibur telah melakar pelbagai sejarah dan pengiktirafan serta membawa Malaysia dikenali dunia, sementara Judika telah bergelumang serta terus sukses di usia 20 tahun pembabitan bakal menjadikan The Journey of Sound konsert yang rugi jika dilepaskan.

“The Journey of Sound akan dipenuhi warna warni perjalanan seni dan ‘bunyi’ muzik yang telah mengharumkan nama Siti Nurhaliza dan Judika sepanjang perjalanan seni mereka,” tambah Isa lagi.

Tiket konsert dijual dengan harga RM199, RM299, RM399, RM499, RM599, RM699, RM799, RM799, RM899, RM1,199 dan RM1,299. Penjualan tiket sudah dibuka pada 12 Oktober lalu dengan pembelian 'early bird' daripada minggu pertama sehingga ketiga dan pembelian boleh dibuat menerusi ticket2u.com.my- 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments