Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Terima lebih 8 juta undian, Aina Abdul dijulang Bintang Paling Popular


ANUGERAH Bintang Paling Popular BH ke-36 (ABPBH36) menutup tirai gemilang dengan menobatkan penyanyi Aina Abdul sebagai Bintang Paling Popular dalam acara kemuncak yang berlangsung di di Auditorium MBSA, Shah Alam pada malam Jumaat.

Aina atau nama lengkapnya, Nurul Aina Abdul Ghani, menerima 8,882,662 juta undian sekali gus mengetepikan calon-calon lain turut bersaing sengit. 

Kemenangan tersebut melayakkan bintang 31 tahun itu membawa pulang hadiah berupa sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenama Toyota Harrier dan trofi.

“Terima kasih kepada ibu saya, kelab peminat, Aination. Ini untuk semua usaha anda mengundi saya tanpa jemu.

“Satu pesanan saya, jangan putus asa. ALLAH SWT sentiasa ada untuk hamba-Nya yang berusaha,” ujarnya selepas diumumkan sebagai pemenang.

Tidak hanya itu, Aina juga menggungguli kategori Penyanyi Wanita Popular dan membawa pulang kepingan bar emas seberat 18 gram dan trofi.

Turut mencuri perhatian adalah kemenangan figura politik terkenal, yang kini penyampai radio Hot FM iaitu Khairy Jamaluddin.

Khairy atau turut dikenali sebagai KJ menepati ramalan apabila uncul sebagai pemenang kategori Penyampai Radio Popular dengan menewaskan calon lain iaitu DJ Sonic, Haiza, Sharifah Shahirah dan Tyzo.

Menariknya pada edisi kali ini juga menyaksikan kemenangan bintang-bintang senior yang mengungguli kategori masing-masing termasuk Raja Ema bagi kategori Aktres Pembantu Filem Popular, Senario (Artis Komedi Popular), Rita Rudaini (Aktres Pembantu TV Popular) dan Fasha Sandha (Aktres Filem Popular).

Sementara itu, Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pula diberikan kepada komposer dan pencipta lagu legenda Datuk S. Atan.

Pemenang bagi setiap kategori membawa pulang hadiah berupa kepingan emas seberat 18 gram dan trofi.

ABPBH36 yang membawa tema Teguh, dihoskan Didie Alias, Haniff Hamzah dan Riena Diana. Acara tersebut turut diserikan dengan persembahan barisan artis popular seperti Ernie Zakri, Zamani, Marsha Milan, Kumpulan Spider, Haqiem Rusli, Usop, Syamel, De Fam, Hazama dan Hael Husaini. - 7KLIK




Senarai penuh pemenang 

1. Artis Baharu Lelaki Popular: Shah Rhady
2. Artis Baharu Wanita Popular: Erysha Emyra
3. Penyanyi Lelaki Popular: Khai Bahar
4. Penyanyi Wanita Popular: Aina Abdul
5. Aktor Filem Popular: Aedy Ashraf
6. Aktres Filem Popular: Fasha Sandha
7. Aktor Pembantu Filem Popular: Alif Hadi
8. Aktres Pembantu Filem Popular: Raja Ema
9. Aktor TV Popular: Hun Haqeem
10. Aktres TV Popular: Anna Jobling
11. Aktor Pembantu TV Popular: Shah Iskandar
12. Aktres Pembantu TV Popular: Rita Rudaini
13. Penyampai Radio Popular: Khairy Jamaluddin
14. Pengacara TV Popular: Uyaina Arshad
15. Artis Komedi Popular: Senario
16. Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular: Dolla


Kategori Ekstra Tonton Paling Popular

1. Couple Drama Popular: Amir Ahnaf & Anna Jobling (Syurga Itu Bukan Mudah)
2. Couple Filem Popular: Bront Palarae & Nadiya Nisaa (Harum Malam)
3. Watak Antagonis Drama Popular: Aleza Shadan
4. Lagu Paling Boom Popular: Ernie Zakri dan Govinda (Masing-Masing)
5. Artis Sensasi Popular: Siti Nordiana


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments