Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Sepentas dengan Macklemore, Ella bakal gegarkan After Race Fest PETRONAS - MotoGP


PESTA After Race Fest sememangnya signifikan dengan penganjuran MotoGP yang bersifat energatik bersemperna ulang tahun ke-25 PETRONAS Sepang International Circuit (SIC).

Untuk edisi kali ini, After Race Fest bakal diadakan di lokasi terbaik iaitu Helipad, PETRONAS Sepang International Circuit pada 3 November, bermula pukul 4 petang sehingga tengah malam.

Pada pengumuman pertama yang dibuat pada Julai lalu, pihak penganjur iaitu HIFIVE Entertainment mengesahkan kehadiran Smash Mouth dan Macklemore, selain kumpulan 6ixth Sense, DE FAM dan Nidji serta Feel Koplo (Indonesia) adalah fasa satu yang akan melengkapkan erti pesta dalam After Race Fest.

Pihak penganjur dan  rakan strategik PETRONAS Sepang International Circuit teleh memilih barisan penghibur antarabangsa dan tempatan yang mempunyai piawaian seiring dengan klimaks menutup MotoGP.

Terbaharu untuk fasa kedua, keterujaan diteruskan lagi apabila ratu rock negara, Ella diumumkan akan turu menyemarakkan kemeriahan After Race Fest. Lebih menarik, penyanyi Layar Impian itu akan tampil menyanyikan lagu Negaraku untuk MotoGP.

Menurut Ella, peluang menyanyi lagu Negaraku di acara itu umpama sebuah penghormatan buat dirinya.

“Menjadi sebuah penghormatan buat saya apabila diberikan tanggungjawab menyanyikan lagu Negaraku pada acara MotoGP kelak.

"Saya juga akan berkongsi pentas bersama Smash Mouth dan Macklemore bersama artis-artis Malaysia serta Indonesia yang lain,” ujar Ella.

Sementara itu, Pengarah Urusan HiFive Entertainment, Sean Pereira, berkata, seakan tidak lengkap jika perlumbaan MotoGP diakhiri tanpa keraian dalam kalangan pengunjung.

“Kami bangga berpeluang menganjurkan After Race Fest. Ia bukan semata-mata bersifat hiburan sebaliknya meraikan pengunjung dari seluruh dunia ke MotoGP.

"Selain persembahan, pesta ini juga akan diisi dengan pelbagai aktiviti sampingan lain termasuk pertunjukan drone dan persembahan bunga api sebagai signifikan penganjuran acara yang sukses,” jelasnya.

Bermula pada jam 4 petang di Helipad, pengunjung boleh menyaksikan persembahan Feel Koplo & DE FAM dengan Segment Get Started, manakala Segment Healing pula akan dikuasai oleh Nidji, 6itxh Sense dan Ella.

Seterusnya penonton akan disajikan dengan Segment Lets Rock  bersama Smash Mouth dan diikuti dengan Segment Solidarity  yang menampilkan Macklemore sebagai 'headliner'.

Rapper yang kini muncul dengan single terbaharu berjudul Hind’s Hall 2 iaitu lagu kolaborasinya bersama rapper Palestin MC Abdul, penulis lirik Amerika; Palestin Amer Zahr dan penyanyi Anees Mokhiber. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments