Hot Posts

6/recent/ticker-posts

"Saya harap lebih ramai wanita akan tampil jalani saringan, pemeriksaan kesejahteraan hormon" - Ella


SKYHILL Clinic mencipta sejarah apabila diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai klinik paling banyak melakukan pemeriksaan hormon di Malaysia.

Pengiktirafan itu diumumkan dalam satu sidang media yang berlangsung di Skyhill Clinic, Denai Alam baru-baru ini.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Dr. Linda Mat Hassin, doktor hormon yang menerajui Skyhill Clinic, serta Ratu Rock Negara, Ella yang merupakan pendokong dan ikon kesihatan hormon Skyhill Clinic.

Ella, yang dikenali sebagai salah seorang selebriti berpengaruh di negara ini, sering menjalani pemeriksaan kesihatan hormon di Skyhill Clinic dan banyak memberi sokongan terhadap kepentingan penjagaan kesihatan hormon bagi wanita.

Penyanyi Sepi Sekuntum Mawar Merah itu turut berkongsi pengalaman tentang bagaimana perjalanan penuaan sihat dengan rawatan kesejahteraan hormon di Skyhill Clinic yang telah membantu mengekalkan keseimbangan emosi, bertenaga dan rahsia dirinya untuk sentiasa kekal muda daripada usia sebenar.

"Kesihatan hormon amatlah penting untuk kita para wanita. Saya sendiri merasai perbezaan selepas menjalani rawatan hormon di Skyhill Clinic.

"Saya berharap lebih ramai wanita akan tampil menjalani saringan dan pemeriksaan kesejahteraan hormon supaya mereka kekal sihat meniti usia seperti saya," ujarnya.


Ella, satu satunya artis wanita yang menjadi inspirasi kepada ramai wanita, turut menyeru lebih ramai wanita tinggi kesedaran terhadap kepentingan menjaga kesihatan hormon.

Memperkasakan kesihatan hormon wanita

Sementara itu, Dr. Linda Mat Hassin, menyatakan komitmen Skyhill Clinic dalam memperkasakan kesihatan wanita melalui pendekatan alami dan penjagaan hormon yang menyeluruh.

"Pengiktirafan ini bukan hanya tentang jumlah pemeriksaan yang telah kami lakukan, tetapi ia adalah tanda perjuangan kami untuk menyediakan penjagaan kesihatan hormon berkualiti kepada wanita Malaysia khususnya.

"Kami percaya bahawa penjagaan hormon yang betul adalah kunci kepada kesihatan wanita yang lebih baik," katanya.

Tambahnya, pendekatan Skyhill Clinic yang menitikberatkan penjagaan kesihatan secara holistik membantu wanita mengatasi masalah kesihatan hormon seperti ketidakseimbangan hormon, keletihan melampau, dan isu kesihatan lain yang sering dialami oleh wanita dalam pelbagai peringkat kehidupan.

Pada sidang media sama, turut dihadiri oleh Pegawai dan Wakil Malaysia Book of Records, Siti Hajar Johor dan Mr. Aaron Bong Keng Jin, yang menyampaikan sijil pengiktirafan berprestij tersebut kepada Skyhill Clinic.


Menerusi pengiktirafan tersebut, Skyhill Clinic mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai pusat rujukan utama dalam penjagaan kesihatan hormon wanita di Malaysia.

"Ini hanyalah permulaan. Kami akan terus berusaha untuk membawa perubahan positif dalam kehidupan wanita Malaysia melalui penjagaan kesihatan hormon yang berkualiti dan pendekatan yang prihatin," kata Dr Linda.

Pengiktirafan Malaysia Book of Records ini sekali gus menjadikan Skyhill Clinic sebagai simbol kepercayaan bagi wanita yang ingin menjalani pemeriksaan hormon dan mendapatkan penjagaan kesihatan berkaitan hormon di negara ini. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments