PELAKON Diana Danielle mendedahkan bakal memfailkan penceraian buat kali kedua terhadap suaminya, Farid Kamil, selepas setahun kembali rujuk.
Keputusan tersebut dikongsi pemilik nama nama penuh Diana Danielle Danny Beeson, dalam satu hantaran di laman Instagram miliknya pada petang Isnin.
“Saya sudah buat keputusan untuk berpisah dengan suami saya secara rasmi dan akan memfailkan perceraian.
“Tidak! Saya tak akan beri sebarang perjelasan,” ujarnya.
Pada hantaran berikutnya, bintang berusia 33 tahun itu juga memberi peringatan agar Farid tidak memujuknya untuk mengubah fikiran sebagaimana pernah dilakukan sebelum ini.
“Mungkin dia akan buat seperti biasa dengan bunga dan cincin serta janji kosong. Semoga hidup lebih baik.
"Oh, dan jangan pujuk,” tegas ibu kepada dua anak itu lagi.
Seolah-olah tekad dengan keputusan dibuat, Diana menerusi kapsyen hantaran terbabit meminta dirinya dilepaskan secara baik.
"Rujuk bukan untuk semua orang. Lepaskan saya. Terima kasih," katanya.
Terdahulu, pasangan selebriti popular itu sah bercerai talak satu menerusi Google Meet pada 10 Ogos tahun lalu, sebelum kembali rujuk pada 31 Ogos pada tahun sama.
Diana dan Farid berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang kini berusia 9 tahun. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments