Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Rosyam Nor juri Famili Duo musim baharu! Tomok, Naque antara yang bakal beraksi

| FOTO: TV3

SIAP sedia untuk malam keluarga yang paling meriah dengan kembalinya program Famili Duo musim ke empat (FD4) yang bakal tampil lebih banyak kejutan, persaingan sengit dan barisan bakat luar biasa daripada keluarga selebriti kesayangan anda.

Setelah berjaya menyemarakkan semangat kekeluargaan sejak diperkenalkan pada 14 Februari 2021, Famili Duo telah menjadi platform untuk selebriti memperkukuhkan hubungan keluarga dan mengangkat nilai kekeluargaan menerusi keindahan muzik.

Program ini juga mencetuskan fenomena luar biasa dengan pengikut setianya. Sebagai program realiti hiburan terkemuka di Malaysia, ia sentiasa mendapat sambutan hangat setiap tahun.

Untuk edisi kali iniini, FD4 menampilkan enam pasangan selebriti yang bakal berentap menyajikan persembahan terbaik mereka kepada umum.

Mereka terdiri daripada pasangan adik-beradik iaitu Shiha Zikir & Ieda Zikir, Zahid & Anne (adik-beradik), Ayie Floor 88 & Salma Asis (sepupu), Tomok & Sharul Kamal (sepupu) dan Didi Astillah & Yasmin Aziz (sepupu). 

Pun begitu selebriti keenam iaitu Naque belum mendedahkan pasangannya dan kekal menjadi misteri sehingga diumumkan nanti.

Barisan peserta akan tampil bertarung dan mempamerkan kreativiti masing-masing menerusi tema berbeza setiap minggu,  menjadikan setiap episod lebih sengit dan sukar dijangka.

 Janna Nick dan Sharif Zero selaku hos, manakala Rosyam Nor dan Mas Idayu mengisi posisi juri Famili Duo musim baharu  FOTO: TV3

Pada sidang media yang berlangsung di The Grey Box, GMBB, Bukit Bintang pada Ahad, barisan pasangan selebriti musim terbaharu diperkenalkan bersama barisan hos dan juri yang terlibat.

Duo juara mingguan akan membawa pulang hadiah berjumlah RM10,000 pada tujuh episod pertama, manakala finalis di pentas akhir FD4 berpeluang merebut hadiah wang utama berjumlah RM100,000. 

Pemenang mingguan akan ditentukan daripada penilaian juri iaitu 70 peritus (%) dan penonton juga berpeluang mempengaruhi keputusan dengan undian atas talian melalui Tonton yang menyumbang sebanyak 30%.

Menambah keseronokkan selama lapan minggu, program itubakal dikemudikan oleh gandingan selebriti serba boleh iaitu Janna Nick dan Sharif Zero sebagai hos program.

Sementara penyanyi Mas Idayu dan Datuk Rosyam Nor akan mengisi kerusi juri yang dijangka bakal memberikan pandangan dan kritikan yang pedas dan tepat. 

FD4 akan beraksi sebanyak lapan episod episod dan mula bersiaran pada 20 Oktober, setiap Ahad, jam 9 malam di TV3 dan boleh distrim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments