Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Program menarik sempena Deepavali di RTM


SAMBUTAN Deepavali yang juga dikenali sebagai festival cahaya disambut pada 31 Oktober ini pastinya memberi peluang kepada rakyat Malaysia berkumpul dan meraikannya bersama dalam suasana aman serta harmoni.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) turut mengambil peluang bersama-sama membawakan tayangan program terbaik kepada rakyat Malaysia dalam menikmati tempoh cuti sepanjang sambutan Deepavali ini.

Menerusi tiga saluran utama TV1, TV2 dan Okey, RTM menampilkan variasi pilihan program termasuklah drama dan hiburan untuk tontonan seisi keluarga.

Malah tawaran turut diberikan kepada penonton setia RTM yang tidak berkesempatan menyaksikannya di TV, mereka boleh turut sama menonton di mana-mana sahaja menerusi RTMKlik.rtm.gov.my .

Berikut merupakan program menarik yang akan menemui penonton sempena Deepavali ini bermula 30 Oktober hingga 2 November depan.

Telefilem: Appa Na Adaiyalam
30 Oktober, 3 Petang (TV2)
Pelakon: Mj Nada, Sasi Kumar, Kabil Ganesan, Vicky Nadarajah dan Alvin Martin

Berlatarkan kisah berlaku dalam diri Raghu dan Mithra yang malu untuk memperkenalkan emak dan ayah mereka kepada masyarakat kerana miskin dan tidak setanding seperti ibu bapa kawan-kawannya.

Konsert: Galatta Deepavali
31 Oktober, 9 Malam (TV2)
Hos: Ratna Gowri dan RJ Theyvekgan   

Konsert terbitan Unit Hiburan TV RTM itu menampilkan persembahan artis yang terdiri daripada  Thila Laxman, Balan Kash, Shastan, Vinod, Kanniyaashree, Keshvini, Lisa Marilyn, Shan, Alex Rao, Sindhihassne, Manoghayathiri, dan Ruhan.

Telefilem: Samantha To Sarala
31 Oktober, 10 Malam (Okey)
Pelakon: Surrya Prakash, Hamsni Perumal, Kuben Mahadevan, Hemalata Gnanaprakasam, Logan dan Puvanesh Shri Subramaniam

Kisah seorang gadis jelita bernama Samantha yang merupakan seorang CEO syarikat, menyamar sebagai pemandu peribadi dengan bantuan ‘suit ajaib’ yang mampu menukarkan identiti dirinya daripada seorang jelita kepada seorang yang hodoh bagi mencari cinta sejati. Ia dilakukan bagi memenuhi syarat bapanya iaitu Samantha perlu berkahwin menjelang Deepavali akan datang jika ingin mewarisi empayar perniagaan milik keluarganya.

Panggung RTM: Putu Mayam Amma
2 November, 4.30 Petang (TV1)
Pelakon: James Devan Arokisamy, Sharmini Ramesh, Fazlina Ahmad Daud, Shamini Shradha, S. Anthony Ferreolus dan Chaoi Izghan

Mengisahkan Kumaran, seorang DJ, mencari bapanya yang dipenjarakan atas tuduhan dadah sebelum dia berkahwin. Ibunya, Viviany, setuju setelah ayahnya memberi cek RM200 ribu. Ketika membaca skrip drama 'Putu Mayam Amma' di stesen radio, Kumaran merasa ia ada kaitan dengan ayahnya. Dia menemui penulis, Azizah, yang memberitahu bahawa ayahnya telah memeluk Islam, berkahwin dengannya, dan kini telah meninggal dunia. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments