Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Pevita Pearce kahwin anak jutawan Malaysia, ramai yang patah hati

| FOTO: Instagram Pevita Paerce

PELAKON jelita kelahiran Indonesia, Pevita Pearce kini bergelar isteri apabila selamat disatukan dengan lelaki pilihan yang juga merupakan ahli perniagaan terkenal Malaysia, Mirzan Meer pada Ahad.

Berita pernikahan Pevita, 32, dengan anak kepada Pengerusi Eksekutif Habib Group, Datuk Seri Meer Habib itu menuai perhatian ramai dan menjadi topik perbualan hangat di media sosial.

Difahamkan Mirzan Meer merupakan Pengarah di Time Zone Group yang juga anak syarikat Kumpulan Habib.

Bintang filem 'blockbuster', Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck yang cukup sinonim dengan watak Hayati itu tampil berkongsi berita tersebut beserta beberapa foto istimewa hari pernikahannya menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya yang mempunyai 18.2 juta pengikut itu hari ini.

“Hari ini, dengan cinta yang damai, kehadiran orang yang tersayang. Kami disatukan,” tulisnya ringkas.

Rata-rata peminat berkongsi kegembiraan itu dengan memberikan ucapan tahniah dan mendoakan yang terbaik uat pasangan itu.

Namun tidak kurang yang menyatakan rasa kecewa serta patah hati dengan menulis petikan-petikan dialog watak Zainudin daripada filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck yang penuh emosi sebagai reaksi kepada pernikahan pelakon jelita itu.

Pasangan pengantin yang sama cantik, sama padanFOTO: Instagram Pevita Paerce

Majlis pernikahan Pevita dan Mirzan Meer yang diadakan ecara tertutup, berlangsung penuh harmoni dengan dihadiri keluarga dan sahabat terdekat pasangan itu. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments