PENYANYI dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mengesahkan sudah bercerai dengan bekas isteri, Azrene Soraya Abdul Aziz, setelah 18 tahun hidup bersama.
Pun begitu, Fazley, 45, tidak menjelaskan punca penceraian, tetapi hanya mendedahkan perpisahan tersebut berlaku beberapa bulan lalu dan keputusan tersebut dibuat atas persetujuan bersama.
“Saya sendiri telah memfailkan perceraian beberapa bulan yang lalu dan tempoh idah telah pun tamat.
“Empat anak kami kini di bawah hak jagaan bersama. Semoga dengan penjelasan ini, tidak akan ada lagi kekeliruan tentang hubungan kami berdua selepas ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Meskipun tidak lagi hidup bersama, penyanyi Asmara Ini itu memberitahu masih berhubung baik dengan bekas isteri sehingga hari ini.
Malah dalam perkongsian terbaharu di Instragram Story miliknya, Fazley turut membuat hantaran berkenaan kunjungannya bersama anak-anak menemui bekas isteri.
Fazley dan Azrene Soraya berkahwin pada 2006 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 15, Ahmad Fieradz Shah, 14, Ahmad Fierudz Shah, 13 dan Alayna Selma, 7. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments