Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Perkahwinan 15 tahun berakhir, Que Haidar-Linda Jasmine sah bercerai

PELAKON Que Haidar mengesahkan perkahwinannya bersama Linda Jasmine telah berakhir apabila mereka bercerai talak satu pada 2 Julai lalu.

Bagaimanapun, Que atau nama sebenar, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 45, tidak mendedahkan punca perpisahan, tetapi menegaskan ia dilakukan secara sepakat demi kebaikan bersama.

"Hubungan kami berlangsung dengan baik dan tiada perbalahan berlaku. Apa yang boleh dikatakan kami sudah tiada persefahaman.

"Keputusan ini juga dibuat secara sepakat. Alhamdulillah anak-anak juga menerima keputusan kami ini dengan matang," jelasnya.

Menurut pelakon yang baru sahaja dinobatkan sebagai pemenang Pelakon Pembantu Lelaki TV Terbaik Anugerah Seri Angkasa 2024  menerusi drama Lebai Sampan itu lagi, biarpun sudah berpisah, mereka masih menjalin hubungan baik.

"Alhamdulillah itu (perceraian) yang Allah tentukan. Itu yang diaturkan. Saya minta semua doakan yang baik-baik untuk saya dan Linda. Tetapi kami masih baik, tiada siapa yang mahu bercerai.

"Mungkin ini yang terbaik, kami masih berkawan demi anak-anak. Perceraian kami berlaku pada 2 Julai lalu," ujarnya.

Mengulas tentang pendekatannya yang tidak menghebahkan tentang berita itu kepada umum, bapa kepada dua anak itu berkata, perceraian adalah perkara yang terlalu peribadi untuk dikongsi.

"Perkara berkaitan perceraian adalah sangat peribadi dan bukannya untuk dibanggakan. Jadi lebih baik kita simpan sendiri, doa yang baik-baik dan saling menyokong antara satu sama lain," ungkapnya tenang.

Que dan Linda mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2009 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar, 15, dan Tengku Cleopatra Haidar, 12 tahun. Linda juga memiliki seorang anak lelaki, Qalif Khan, 24 tahun, hasil daripada perkahwinan terdahulu.  - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments