Oleh: SORAYA AFNAN
BERSEMPENA Bulan Kesedaran Kanser Payudara, NIVEA dengan kerjasama Watsons menjalankan inisiatif ‘Moments of CARE’, dengan sasaran untuk mengumpul dan menyumbang RM50,000 kepada Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA).
Kempen tersebut mencerminkan komitmen NIVEA dalam menyokong kesedaran dan penjagaan kanser payudara.
Memandangkan kanser payudara adalah kanser utama dalam kalangan wanita Malaysia, yang melibatkan 1 dalam 19 orang, usaha itu memainkan peranan penting dalam menggalakkan pengesanan awal dan penjagaan diri.
Pengurus Serantau untuk Beiersdorf Malaysia & Singapura, Dr. Christopher Vierhaus, berkata, keprihatinan (CARE) adalah teras kepada segala yang dilakukan NIVEA.
"Sebagai jenama penjagaan kulit No.1 dunia dengan pengalaman lebih dari satu abad, komitmen kami melangkaui penjagaan kulit, merangkumi kesihatan dan kesejahteraan secara menyeluruh.
"Kempen 'Moments of CARE' mencerminkan dedikasi ini, menyokong usaha penting BCWA dalam meningkatkan kesedaran kanser payudara dan menggalakkan langkah kesihatan proaktif di kalangan rakyat Malaysia.
"Terima kasih kepada Watsons atas kerjasama yang sangat bernilai serta dedikasi mereka dalam menetapkan piawaian tinggi dalam kesihatan, kesejahteraan, dan kecantikan di seluruh rangkaian lebih 700 cawangan di seluruh negara memperluas capaian serta memperkukuhkan impak kempen ini," ujarnya.
Sebagai sebahagian daripada pengisian kempen tersebut, NIVEA telah menganjurkan bengkel eksklusif yang dikendalikan oleh doktor dan jururawat bertauliah untuk orang awam.
| FOTO: NIVEA |
Bengkel tersebut merangkumi topik berkaitan kanser payudara, termasuk pengesanan awal, tanda-tanda awal yang biasa, dan pemeriksaan sendiri. Saringan kanser payudara percuma juga disediakan untuk para peserta.
Dalam pada itu, BCWA yang ditubuhkan pada tahun 1986, merupakan salah satu peneraju utama dalam meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara di Malaysia, menyediakan perkhidmatan penting seperti pendidikan awam melalui program jangkauan komuniti dan sokongan psikososial untuk mereka yang baru didiagnosis, pesakit dan juga mereka yang telah pulih.
Memupuk kesedaran
Presiden Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia, Lim Kim Foong, berkata, kanser payudara kekal sebagai kanser utama di kalangan wanita Malaysia, dengan 60 peratus (%) kes didiagnosis pada peringkat lanjut.
"Inisiatif seperti 'Moments of CARE' ini sangat penting sebagai peringatan buat rakyat Malaysia untuk membuat pemeriksaan berkala yang boleh membawa kepada pengesanan awal kanser payudara.
"Matlamat kami adalah untuk menyelamatkan nyawa dan mengurangkan impak penyakit ini," tegasnya yang ditemui di bengkel tersebut baru-baru ini.
Acara tersebut turut menampilkan kisah-kisah inspirasi daripada pejuang kanser payudara sebenar, Dr. Kartini Kamalul Ariffin dan Hiba Abdul Rahman, serta penjaga (caregiver) Atilia Haron.
Selain itu, terdapat pembentangan mendalam daripada Dr Nur Fadlina Abdul Satar iaitu Perunding Onkologi Klinikal di Hospital Pantai Kuala Lumpur.
Saringan kesihatan
Bekas pengacara yang kini bergelar usahawan, Dr. Kartini Kamalul Ariffin, berkongsi perjalanan luar biasanya sebagai pejuang kanser payudara sejak didiagnosis pada Februari 2023.
“Dalam kehidupan yang serba pantas, amat mudah sekali untuk kita mengabaikan kesihatan sendiri, terutamanya sebagai seorang ibu.
"Kita sering utamakan keperluan keluarga berbanding diri sendiri, tetapi anda perlu ingat bahawa keluarga memerlukan anda untuk kekal sihat.
"Kanser ibarat satu peringatan buat saya di mana ia menekankan betapa pentingnya melalui kehidupan setiap hari dan apa yang benar-benar penting dalam kehidupan," ungkapnya.
Dalam masa sama, Kartini turut menggesa semua wanita untuk menjalani saringan kesihatan secara berkala, tidak kira betapa sibuknya mereka.
"Jangan biarkan perkara ini berlaku kepada anda. Anda mungkin menyedari tentang kanser terlalu lewat apabila pilihan rawatan terhad.
"Untuk mengelakkan ini berlaku, utamakan kesihatan anda dan jadualkan pemeriksaan berkala. Pengesanan awal adalah penting untuk rawatan yang berjaya dan kualiti hidup yang lebih baik," ujarnya.
Kartini dan Atilia berkongsi pengalaman di bengkel eksklusif yang membicarakan tentang kanser payu dara| FOTO: NIVEA |
Perkongsian kisah mereka yang terlibat dalam bengkel tersebut menekankan betapa pentingnya pengesanan awal dan sokongan komuniti, elemen utama yang ingin diketengahkan oleh inisiatif ‘Moments of CARE’.
Dengan menyertai kempen tersebut, orang ramai boleh menunjukkan keprihatinan melalui sumbangan kepada usaha yang menyelamatkan nyawa.
Bagi setiap RM20 yang dibelanjakan untuk produk NIVEA di Watsons, RM1 akan didermakan kepada BCWA, sehingga RM50,000. Sokongan orang ramai bukan sekadar satu sumbangan, tetapi ia adalah langkah yang dapat mengubah kehidupan seseorang.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ‘Moments of CARE’, sila layari https://www.nivea.com.my/ . - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
- top-10-trending-searches-for-september
- drama-astro-kini-tampil-dengan-sokongan
- platform-youtube-tingkatkan
[KREDIT: NIVEA - Terima Kasih Tasneem Abu Bakar]
0 Comments