Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Nespresso raikan ‘Unforgettable Holidays’ bersama Cef Jean Imbert


NESPRESSO memeriahkan musim perayaan dengan menggalakkan pencinta kopi untuk menikmati 'Unforgettable Holidays' mereka dengan pilihan kopi baharu dicipta bersama Cef Michelin Star Perancis, Jean Imbert, yang memberikan peluang sempurna untuk menikmati detik-detik bermakna.

Daripada sambutan Krismas ke Tahun Baharu bersama ahli keluarga yang berkumpul, penghujung tahun adalah masa paling tepat untuk berkongsi dan memberi hadiah.

Koleksi terbaharu Nespresso merupakan pilihan tepat kepada apa sahaja pertemuan semasa musim cuti. Apatah lagi ia turut disertakan dengan aksesori bergaya dan hadiah menawan di mana koleksi ini menambah sentuhan elegan kepada musim percutian.

Kopi gastronomi baharu

Selepas terlibat dalam pelbagai projek mewah di seluruh dunia dan pelantikan sebagai Ketua Cef Belmond’s Venice Simplon-Orient-Express baru-baru ini, Cef Jean Imbert kini membawa kepakaran gastronominya kepada ciptaan kopi terbaharu Nespresso.

Diinspirasikan oleh seni perjalanan dan kembara kereta api Belmond yang legenda di seluruh dunia, kempen Nespresso 'Unforgettable Holidays' akan secara visual membawa penggemar kopi mengikuti kembara yang mempesonakan, dalam usaha membangkitkan deria dengan perisa baharu dipengaruhi oleh penerokaan global.

"Saya amat berbesar hati diberi peluang luar biasa ini untuk berkolaborasi dengan Nespresso dalam mereka cipta kopi yang enak dan eksklusif ini.

"Dengan dedikasi tanpa henti dan kerjasama rapat dengan Nespresso, kami telah meneliti setiap karya ini, yang tercipta daripada cabaran baharu penuh keterujaan," ujarnya.

Cef Jean Imbert juga mengakui berbangga dengan hasilnya kerana kopi itu menghidupkan semula kenangan berharga perjalanannya dalam membangkitkan intipati tanah-tanah yang jauh dengan nota-nota biji dan bijan panggang.

"Kopi ini merangkul semangat Paris, mengenang kembali croissant aux amandes yang ikonik. Unforgettable Espresso, dinamakan dengan tepat, melengkapkan koleksi luar biasa ini," ungkapnya.

'Unforgettable Espresso' bagi rangkaian Original dan Double Espresso bagi rangkaian Vertuo mengingatkan kembali kepada perjalanan panjang kereta api menerusi Amerika Latin: adunan aromatik termasuk biji Arabika dari Peru dan Costa Rica disemarakkan oleh Robusta, menghasilkan kopi dengan nota bijirin panggang dan kayu.

Nikmatinya dengan sajian tanpa gula atau bersama susu Latte Macchiato untuk rangkaian Original atau Double Cappuccino untuk rangkaian Vertuo untuk rasa sebenar kemewahan.

Berdasarkan idea asli Cef Jean Imbert, Almond Croissant Flavour akan membawa anda ke nadi kota Paris. Kopi berperisa itu mencetuskan rasa almond dan roti mentega yang mengimbau kenangan zaman anak-anak Cef. Nikmatinya sebagai Cappuccino dan biarkannya melepaskan citarasa almond.

Sementara Peanut and Roasted Sesame Flavour adalah penghormatan kepada pelayaran gastronomi Imbert. Perisa kopi itu menggabungkan nota bijan panggang, bertih jagung dan campuran biji bagi menghasilkan minuman hangat yang tidak boleh dilupakan pada musim perayaan ini.

Hadiah Odyssey

Nespresso Advent Calendar kembali pada 2024, menawarkan satu kopi pada setiap pintu, membolehkan anda meneroka perisa baharu dan kembali menghirup kopi Nespresso kegemaran.

Direka untuk membawa kejutan dan kegembiraan, Advent Calendars akan menyertakan kopi perayaan edisi terhad yang dicipta bersama Cef Jean Imbert dan cawan eksklusif dalam edisi terhad untuk hari terakhir.


Nespresso juga akan menawarkan Travel Mug edisi terhad sebagai sebahagian koleksi Festive, direka daripada 90 peratus keluli tahan karat kitar semula dengan warna biru menawan menggambarkan rupa dan rasa tersendiri kempen ini.

Resipi kreatif

Musim perayaan ini, Nespresso telah mencipta resipi baharu, direka khusus untuk menghidupkan perisa yang dibangunkan oleh Cef Jean Imbert.

Rasai kopi Peanut and Roasted Sesame Flavour dengan krim putar, dihiasi biji bijan dipanggang dan sentuhan madu, atau edisi terhad Almond Croissant Flavour sebagai Gourmet Almond Croissant Latte dengan susu dan keharuman bunga oren.

Penggemar kopi juga boleh menikmati keistimewaan mocktail enak yang menggabungkan sirap vanila, jus nanas, limau nipis dan sentuhan mendalam Unforgettable Double Espresso.

Nikmati resipi perayaan Nespresso di www.nespresso.com/recipes . Nespresso 'Unforgettable Holidays' Collection dilancarkan secara dalam talian dan di butik Nespresso bermula 28 Oktober ini.  - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments