Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Muzikal Satukan Cinta: Revolution Stage kembalikan pementasan muzikal dengan nafas baharu


SEJAK akhir-akhir ini pentas teater kembali meriah dengan pelbagai naskhah yang dipertonton kepada orang ramai sama ada dalam kala kecil mahupun sederhana.

Suatu perkembangan yang cukup positif dalam dunia seni lakonan pentas yang sebelum ini agak suram terutamanya selepas pandemik melanda dunia.

Demi untuk terus merancakkan pentas teater tanah air dengan karya berkualiti, penggiat teater disegani, Khairunazwan Rodzy kembali dengan pementasan teater muzikal terbaru berjudul Satukan Cinta.

Pementasan yang diberi nafas baharu itu membawa sebuah karya segar dan dibarisi pelakon-pelakon muda yang cukup aktif dalam dunia seni persembahan tempatan. Antaranya seperti Khayrisyah Kemal, Jihaa Sham, Baihaqi Majid dan ramai lagi.

Khairunazwan selaku pengarah muzikal tersebut mempunyai keyakinan penuh terhadap barisan pelakon muda, yang rata-ratanya adalah anak latihnya sendiri.

“Memang sejak dari dahulu, saya sangat mengalakkan anak-anak muda untuk terus terlibat dalam bidang teater dan saya mempunyai keyakinan sepenuhnya barisan pelakon dapat menggalas watak dan cerita ini,” katanya yang juga pemenang Anugerah Pengarah Terbaik Anugerah Seni Teater 2023.

Muzikal Satukan Cinta diterbitkan oleh Pertubuhan Seni Teater Arus dan disokong oleh Revolution Stage serta Swakarya Production.

Pementasan penuh warna itu menjanjikan sebuah hiburan segar yang boleh dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

Khairunazwan (kanan) ketika sesi latihan bersama barisan pelakon | FOTO: Revolution Stage

Bagi Pengurus Produksi, Kirin Muhamad, berkata, keputusan  mementaskan kembali teater muzikal selepas dua tahun menyepi adalah kerana permintaan daripada pengikut dan penyokong setia teater tempatan.

"Untuk pementasan muzikal ini, pihak produksi menyediakan pakej tiket yang sangat mampu milik, bermula daripada RM15 sehingga RM45," ujarnya.

Pementasan Muzikal Satukan Cinta akan berlangsung pada 11 hingga 13 Oktober, jam 3 petang dan 8.30 malam di di PJ Live Arts by Jaya One .

Tiket-tiket berharga RM15, RM25, RM35 dan RM45 boleh dibeli menerusi laman web  www.revolutionstage.com . Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi produksi Revolution Stage - revolutionstageproduction@gmail.com . - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments