Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Masdo tercalon di Anugerah MTV EMA 2024


KUGIRAN Masdo melakar sejarah tersendiri apabila diumumkan tercalon dalam kategori Artis Asia Terbaik (Best Asia Act) di acara MTV EMA 2024, Manchester, England pada 10 November depan (11 November: waktu Asia).

MTV EMA dikenali di seluruh dunia sebagai malam anugerah muzik terbesar, persembahan ikonik dan meraikan bintang terbaik dalam industri muzik.

Sebagai acara anugerah muzik global terulung, MTV EMA menawarkan pengalaman berbilang platform dengan penonton merentasi 170 negara menerusi saluran MTV yang luas.

Apa yang pasti, pencalonan itu memberi peluang besar buat Masdo yang dianggotai Ali Sariah selaku vokalis), Putu Ceri (bass) dan Asmawi (gitaris) untuk berhubung dengan peminat muzik di seluruh dunia.

Undi Masdo

Peminat di Malaysia diharapkan dapat menyokong dan mengundi Masdo bagi membantu mereka memenangi trofi berprestij MTV EMA, sekali gus mencatat sejarah bermakna buat mereka dan industri muzik tanah air di peringkat global.

Undian untuk acara ini telahpun dibuka pada 8 Oktober lalu dan akan ditutup pada 7 November (Khamis) jam 6.59 (waktu Malaysia). 

Selain Masdo, kategori Artis Asia Terbaik itu juga turut menampilkan calon-calon hebat dari Indonesia, Filipina, Jepun dan Korea Selatan.

Jom sama-sama tunjukkan sokongan terhadap Masdo dengan memberikan undi di https://www.mtvema.com/vote/best-asia-act . Garis panduan untuk pengundian boleh didapati di laman web MTV EMA, www.mtvema.com- 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments