Hot Posts

6/recent/ticker-posts

KC Global Media lancar KCM, saluran 'FAST' pertama di Malaysia


KC Global Media mengumumkan pelancaran saluran Penstriman Televisyen Percuma dengan Sokongan Iklan (FAST) yang pertama di Malaysia dengan kerjasama strategik dengan sooka.

KCM memberi pilihan pelbagai kandungan premium kepada penonton termasuklah drama bersiri, filem pecah panggung dan pemenang anugerah serta hiburan berfakta dalam bahasa Inggeris.

Hiburan berfakta termasuklah filem dan dokumentari seperti Cristiano Ronaldo: The One and Only, Messi: The Greatest, BTS: Global Takeover, Taylor Swift Dare to Dream, Lady Gaga: Encore, Tech Billionaires: Elon Musk, Bruno Mars: Just the Way I Am, John Cena: Champion of the Ring; dan banyak lagi.

Bagi kategori drama pula, pelbagai genre ditawarkan termasuklah fantasi, pengembaraan, aksi sejarah, sains fiksyen, thriller misteri dan karya menarik seperti 5ive Days to Midnight, Aardvark, We Have Always Lived in the Castle dan lain-lain.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden KC Global Media, George Chien, mengakui optimis dengan kerjasama yang terjalin itu.

"Pasaran saluran FAST sekarang berkembang pesat dan kami sangat teruja untuk menjalin kolaborasi dengan Astro untuk memperkenalkan KCM kepada para penonton sooka di Malaysia, dengan tawaran kandungan yang menyeluruh dan membawa hiburan kepada lebih isi rumah.

"Kolaborasi strategik ini merupakan satu testamen komitmen dua syarikat dalam menyalurkan kandungan-kandungan yang pelbagai dan dekat di hati rakyat Malaysia.

"KCM akan menjadi saluran ketiga yang tersedia di sooka selain AXN dan ONE, yang kedua-duanya itu merupakan peneraju saluran hiburan umum dan Korea,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah sooka & Njoi, Chu Young Lee, berkata, pihaknya teruja untuk melancarkan KCM di sooka.

"Kolaborasi ini selari dengan komitmen kami untuk menyampaikan kandungan luar biasa dan pelbagai buat semua para penonton.

"Dengan penyertaan KCM, kami telah mengembangkan saluran-saluran percuma kepada 20, sekali gus menawarkan hiburan menyeluruh dan berkualiti tinggi untuk semua orang,” jelasnya.

Buat masa sekarang, KCM tersedia secara percuma untuk semua pengguna berdaftar sooka. Untuk maklumat lanjut berhubung KCM, layari laman web www.KCGlobalMedia.com - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:


Post a Comment

0 Comments