Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Karnival Jom Heboh bakal hangatkan warga Johor


KEMBARA siri jejalah Jom Heboh (KJH) kini Kembali dan bakal berkampung selama tiga hari berturut-turut di Padang B, Angsana Johor Bahru Mall, Johor bermula 1 hingga 3 November ini.

KJH 2024 anjuran Media Prima Berhad, sekali lagi memukau pengunjung dengan penganjuran di lima negeri iaitu Sarawak, Putrajaya, Melaka, Terengganu, Pulau Pinang, dan kini di Johor Bahru.

Acara ikonik itu terus menarik lebih 300,000 pengunjung di setiap lokasi, menandakan sambutan hangat yang diterima.

Dengan pengiktirafan daripada The Malaysia Book Of Records (MBOR) sebagai 'Acara Padang Paling Lama', KJH telah menjadi satu fenomena dalam kalangan rakyat Malaysia yang sentiasa menjanjikan keseronokan dan pelbagai aktiviti menarik, menjadikannya acara yang tidak boleh dilepaskan oleh seisi keluarga setiap tahun.

Sepanjang tiga hari ‘berkampung’ di Johor Bahru, karnival ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang akan mengukir memori indah bagi warga selatan.

Pengunjung berpeluang memenangi hadiah menarik melalui reruai dari Studio Tonton Drama Sangat (TV3, TV9, Tonton), Studio Jom Heboh, New Straits Times Press, Hot FM, dan Vocket.

TV3 turut mengumumkan kembalinya program realiti nyanyian ikonik, One In A Million (OIAM), ke kaca TV.

Dengan sejarah yang gemilang, OIAM akan bersiaran buat pertama kalinya di TV3, dan Johor dipilih sebagai lokasi pertama bagi sesi uji bakat pencarian bintang baharu.

Ini adalah peluang yang tidak boleh dilepaskan untuk menunjukkan bakat nyanyian anda kerana anda mungkin adalah bintang yang bakal membawa pulang hadiah yang bernilai sehingga RM1 juta.

Sertai sesi uji bakat OIAM di lokasi pertama ini pada 2 dan 3 November (Sabtu & Ahad) ini. Uji bakat secara bersemuka akan diteruskan lagi di lima lokasi seluruh Malaysia iaitu di Sabah, Pulau Pinang, Pahang dan Kuala Lumpur.

OIAM membuka pintu kepada semua bakat di Malaysia dan dari luar negara, berusia 15 tahun ke atas secara solo, duo atau berkumpulan.

Tidak hanya uji bakat secara bersemuka, sesi secara dalam talian juga berlangsung bermula 1 hingga 17 November, di mana peserta boleh memuat naik video nyanyian berdurasi 1 minit di TikTok dengan hashtag rasmi #CalpisOIAMTV3 dan #SegarRasaSodapSuara.

Penampilan artis popular

Kemeriahan karnival terus memuncak apabila pengunjung berpeluang beramah mesra dan berinteraksi dengan selebriti kegemaran di booth Studio Tonton Drama Sangat (STDS). Booth tersebut bakal menampilkan barisan bintang terkenal yang membintangi program-program popular di Tonton, TV3, dan TV9.

Antaranya ialah Aniq Durar, Ashraf Muslim, Kodi Rasheed, Shah Iskandar, Nabila Razali, Wanns Ahmad, Nafiz Muaz, dan ramai lagi.


Tidak ketinggalan, selain reruai di bawah naungan Media Prima, lebih 160 reruai lain juga akan menawarkan promosi hebat dan hadiah menarik.

NSTP ‘Pet Zootopia’ dan Kejohanan Bola Jalanan Vocket ‘2vs2’ menjadi antara tarikan baharu yang ada di KJH BABA’S Johor Bahru kali ini. Pet Zootopiaakan menampilkan 30 jenis haiwan yang bakal menceriakan seisi keluarga.

Tidak ketinggalan hiburkan hujung minggu anda dengan barisan penyanyi popular tanah air di Konsert Jom Heboh pada 2 dan 3 November 2023 (Sabtu dan Ahad), bermula jam 9 malam. 

Antara penyanyi yang akan beraksi alah Sofarz, Ayu Damit, Suki Low, Izzue Islam, Sufian Suhaimi, Nabila Razali, Dolla, Projektor Band, Lil J, Dalia Farhana, Syamel, Wany Hasrita dan Mark Adam.  - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments