Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Janjikan persembahan istimewa, Boyz II Men kembali ke Kuala Lumpur

| FOTO: Shiraz Projects

PEMINAT peminat muzik tanah air kini boleh bersedia sedia dengan sebuah persembahan mega dan ikonik yang bakal berlangsung di Megastar Arena, Kuala Lumpur pada tahun hadapan.

Kumpulan R&B lagenda dunia, Boyz II Men akan datang ke Kuala Lumpur pada 25 Mei 2025 bagi mengadakan persembahan istimewa buat peminat di sini.

Dibawakan oleh Shiraz Projects, konsert tersebut menjanjikan sambutan yang tidak akan dapat dilupakan dengan rangkaian lagu-lagu popular R&B, nostalgia dan muzik epik serta mempamerkan deretan kejayaan mereka mendahului carta selama lebih 30 tahun.

Boyz II Men telah mentakrifkan semula R&B dengan bunyi yang terus merentas generasi. Mulai End of the Road hingga I'll Make Love to You dan One Sweet Day, katalog hebat ikonik mereka telah memikat penonton di seluruh dunia sekali gus menjadikan mereka kumpulan R&B terlaris sepanjang zaman dengan album terjual melebihi 64 juta unit.

Gabungan keharmonian yang penuh perasaan dan tema berkekalan membuatkan peminat kembali untuk bertemu mata dengan mereka. Ditambah dengan kemunculan album terbaharu yang telah mendapat pujian ramai, membuktikan bahawa muzik mereka relevan dan digemari hari ini seperti sebelum ini.

Pernah merangkul empat Anugerah Grammy, sembilan Anugerah Muzik Amerika, semilan Anugerah Soul Train, tiga Anugerah Billboard dan Anugerah MOBO 2011 untuk ‘Outstanding Contribution to Music’, kemeriahan penganugerahan Boyz II Men tiada tandingannya.

Mereka juga menerima Hollywood Walk of Fame dan Casino Entertainment Award untuk The Mirage Resort and Casino di Las Vegas, yang dilancarkan pada 2013.

"Kami sangat teruja untuk kembali ke Asia dan membawa pengalaman Boyz II Men ke Kuala Lumpur.

"Energi dan kemesraan daripada peminat kami di Malaysia tidak seperti yang lain," kata Shawn Stockman.

Para peminat di Kuala Lumpur boleh menjangkakan sebuah malam yag indah dengan lagu-lagu hits Boyz II Men, termasuk Motownphilly, I'll Make Love to You dan End of the Road, di samping lagu-lagu baharu dan kejutan menarik.

Album 2011 mereka yang berjudul Twenty, meraikan dua dekad dalam industri muzik, menandakan kembalinya mereka kepada material asal dan mendapat sambutan hebat dengan memulakan debutnya di #20 di Billboard Top 200, dan memperoleh pujian untuk gabungan lagu klasik dan segar.

Album 2014, Collide mempamerkan bunyi baharu untuk kumpulan itu dengan lagu-lagu seperti Better Half dan Diamond Eyes dipaparkan pada rancangan popular seperti The Bachelorette.

FOTO: Shiraz Projects

Namun ia lebih daripada sekadar muzik yang menjadikan konsert Boyz II Men istimewa. Khalayak boleh mengharapkan persembahan berkarisma, harmoni yang memukau dan beberapa kejutan yang tidak dijangka apabila kumpulan itu membawa bunyi R&B singantur mereka ke pentas dengan sentuhan kontemporari.

Tiket dijual mulai 10 Oktober 2024 dengan harga RM995, RM795,RM695, RM495 dan RM355. Siapkan diri anda untuk malam yang penuh semangat, keghairahan, dan keajaiban muzik tulen dengan Boyz II Men Live di Kuala Lumpur. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments