HAVOC Food Festival kembali dengan edisi kelima tahun penganjurannya dengan membawa matlamat sama untuk menjadi hub atau karnival makanan terbaik buat para usahawan bumiputera menjana pendapatan.
Untuk tahun ini, festival yang menyajikan pelbagai sajian makanan popular itu akan bermula pada 24 hingga 27 Oktober ini di Dtempat Country Club Sendayan, Negeri Sembilan.
Istimewa kali ini, acara tersebut akan meneruskan kemeriahannya apabila buat julung kalinya akan ke Sabah bersempena Havoc Tour Sabah 2024, pada 30 Oktober hingga 3 November di SICC Kota Kinabalu Sabah dan Komplek Sukan Sandakan pada 6 hingga 10 November depan.
Havoc Food Festival bukan tentang karnival makanan semata-mata tetapi turut diisi pelbagai aktiviti buat pengunjung dan menampilkan vendor-vendor tempatan, serta memberi peluang kepada usahawan makanan memasarkan produk mereka dengan lebih luas.
Ketua Pengarah Urusan Havoc Event & Management, Faizul berkata, selain disertai oleh para usahawan yang menjual pelbagai produk berasaskan makanan, Havoc Food Festival juga dimeriahkan dengan pembabitan barisan selebriti dan pempengaruh.
“Selaku penganjur kami akan memperbaiki mutu penganjuran karnival pada setiap tahun dan begitu juga yang telah dilakukan Havoc Event & Management menerusi Havoc Food Festival kali ini.
“Selain pesta atau karnival makanan, pengunjung boleh terlibat dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan sama ada bersifat riadah atau pengisian rohani.
Antara selebriti dan pempengaruh yang akan memeriahkan acara ialah Azza Elite, Reen Rahim, Qistina Raisyah, Syura Badron, Vicha Saywho, Cat Farish, Shikin Maembong, Asfan Shah, Zaki Azman, Baby Ainatul, Ojen Aiwahh, AI Sulong dan ramai lagi.
Acara lain yang turut mengisi Havoc Food Festival kali kini termasuk Havoc Berselawat dan Qasidah Perdana, Podcast Our Next Guest, persembahan pentas dan game show. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments