Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Grimoire, sebuah antologi berpaksikan kerakusan manusia bakal temui penonton di pawagam sepanjang Oktober ini


PEMBIKIN filem terkenal Malaysia, Jared Lee, membuat penampilan sulung filem antologi, Grimoire, yang akan ditayangkan di Golden Screen Cinemas bermula 3 hingga 30 Oktober 2024.

Filem ini merupakan sebahagian daripada usaha GSC International Screens di bawah Malaysia Animation Film Festival untuk mengetengahkan bakat-bakat tempatan.

Tayangan yang dinanti-nantikan ini mencatatkan pencapaian yang penting dalam kerjaya Jared yang jelas mengukuhkan lagi pengaruhnya dalam industri perfileman Malaysia dan antarabangsa.

Grimoire ialah naratif meta yang menggabungkan tiga karya terkenal Jared: The Last 7, Influencer dan Horologist.

Karya itu menjemput penonton untuk mengikuti perjalanan sinematik yang mengaburkan batas antara realiti dan fiksyen, di mana kisah ini mengikuti seorang lelaki tua yang menjadi wadah bagi naratif introspektif ini.

Selain itu, antalogi tersebut bukan sahaja menekankan kuasa transformatif kreativiti tetapi juga menunjukkan daya tahan yang diperlukan untuk mengatasi keraguan diri dan luaran.

Horologist juga telah mencipta sejarah sebagai filem Malaysia pertama menangi Animasi Terbaik di Festival Filem Comic-Con San Diego pada 2023.

Menurut Jared Lee yang juga merupakan pengasas Grim Film, Grimoire bukan sekadar filem antologi, tetapi ia juga merupakan karya yang mengisahkan perjalanannya sebagai pembikin filem.

“Grimoire mewakili kemuncak karya saya dan penerokaan kreativiti dalam cabaran. Setiap cerita dalam antologi ini diilhamkan oleh pemerhatian dan pengalaman dengan sisi gelap manusia.

“Penerbitan filem ini merupakan pengalaman yang mengujakan dan juga mencabar. Daripada kesan visual The Last 7 kepada kekangan bajet untuk Influencer, setiap filem menuntut tahap keaslian dan kreativiti yang berbeza.

"Namun begitu, dedikasi pasukan saya merupakan sebab utama kejayaan usaha ini dan saya amat berterima kasih atas sokongan mereka yang berterusan,” ujarnya.

Tayangan perdana Grimoire baru-baru ini turu dihadiri barisan pelakon utamanya bersama selebriti terkemuka tanah air, termasuk Marianne Tan, Joseph Lee, dan Yuna.


Sejak menubuhkan Grim Film pada tahun 2011, Jared telah memberi impak kepada dunia sinematik dengan penceritaann uniknya.

Karya-karyanya yang terdahulu, seperti filem pendek The Long Distance Relationship, yang telah mencapai lebih 1 juta tontonan YouTube dalam masa sebulan, membuktikan pengaruhnya yang semakin meningkat dalam industri.

Menerusi pelbagai anugerah yang diraihnya, termasuk  Tokyo Short Shorts, LA Shorts International Film Festival, Show Me Shorts Film Festival dan festival filem lain, Jared terus menolak sempadan penceritaan kreatif.

“13 tahun yang lalu memang mencabar, dan ia hanya akan menjadi lebih mencabar mulai saat ini. Grimoire hanyalah permulaan kepada perjalanan yang lebih sukar namun saya akan tetap mengejar impian saya, seperti biasa,” kata Jared.

Grimoire dijayakan dengan sokongan penaja dan rakan kongsi  seperti GSC International Screens, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), FINAS dan lain-lain.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.gsc.com.my/film-festival/malaysia-animation-film-festival-2024/- 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments