Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Fattah, Fazura bercerai talak satu


KEMELUT rumah tangga pasangan elebriti popular, Fattah Amin dan Nur Fazura menemui nokhtah apabila sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, pada pagi Isnin.

Fattah melafazkan talak satu terhadap isterinya, Nur Fazura Sharifuddin, 41, di hadapan Hakim Syarie Abdul Malek Soleh sekitar jam 9.45 pagi tadi.

Selepas talak dilafazkan, Hakim Syarie kemudian mensabitkan berlaku perceraian talak satu antara Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin, 33, dan Fazura.

Fazura yang ditemui media selepas prosiding tersebut berkata, dia reda dengan apa yang berlaku meski pahit untuk ditelan.

“Saya tak gembira dengan penceraian ini tetapi keputusan yang dibuat ini bukan dalam masa sekejap.

"Saya sudah lama sengsara, bertahun-tahun.  Saya dah fikir panjang dan saya reda,” ujarnya.

Ditanya tentang punca perceraian dia dan bekas suami, pelakon filem Manisnya Cinta di Cappadocia itu memberi tiga sebab kenapa tidak dapat lagi mempertahankan perkahwinan yang dibina sejak tujuh tahun lalu dan nekad dengan keputusan untuk berpisah.

“Fattah abaikan nafkah untuk saya dan Fatima (anak) setelah sekian lama. 

"Kedua, kami tidak sefahamam lagi dan saya dah lama tak bahagia. Emosi saya terganggu, mental saya tertekan, tapi saya tetap bertahan dan telan apa saja walaupun pelbagai tohmahan, fitnah dan cacian dilemparkan kepada saya. 

"Ketiga yang saya tak boleh terima lagi ialah Fattah berlaku curang terhadap saya. Saya ada bukti,” tegasnya kesal.

Terdahulu pada 13 September lalu, Fazura memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Bagaimanapun mahkamah menangguhkan kes perceraian setelah  menerima cadangan baharu daripada defendan yang mahu kes itu diselesaikan secara baik.

Pada prosiding kes pertama pada 25 September lalu, Fattah belum bersedia menceraikan Fazura atas alasan masih menyayangi isterinya, manakala Fazura nekad mahu berpisah.

Pasangan ini berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments