Oleh: AILEEN ADAM
SELEPAS persembahan solonya di Anugerah Muzik Video MTV 2024 (VMA) baru-baru ini mendapat kritikan hebat kerana didakwa hanya 'lipsync', Lisa Blackpink sekali lagi berdepan situasi sama di Global Citizen Festival yang berlangsung di New York, Amerika Syarikat minggu lalu.
Tampil membuat persembahan dengan beberapa buah lagu termasuk single solo terbaharunya, Moonlit Floor yang bakal rilis pada 3 Oktober ini, anggota Blackpink itu dikatakan sekali lagi melakukan 'miming' dalam persembahan tersebut.
Lisa dilihat hanya fokus kepada gerakan tarian dan aksi di pentas berbanding nyanyian secara 'live' sehingga penonton mendakwa dia melakukan 'lipsync' pada persembahan tersebut.
Ramai yang mempersoalkan adakah pelantun lagu Money itu benar-benar menyanyi kerana dia dikatakan beberapa kali melakukan 'skip' pada bahagian dalam nyanyiannya.
Malah ada beberapa ketika, suara Lisa kedengaran jelas berkumandang sedangkan dia dilihat tidak menghalakan mikrofon ke mulut atau menggerakkan bibirnya.
Rentetan itu pelbagai reaksi dalam kalangan netizen selain menjadi perdebatan hangat di pelbagai platform media sosial. Tidak kurang juga yang tampil berani meninggalkan komen secara terus di akaun Instagram milik penyanyi itu.
Rentetan itu pelbagai reaksi dalam kalangan netizen selain menjadi perdebatan hangat di pelbagai platform media sosial. Tidak kurang juga yang tampil berani meninggalkan komen secara terus di akaun Instagram milik penyanyi itu.
Para peminat Lisa bagaimanapun pantas menafikan perkara tersebut dan mempertahankan dirinya dengan mengatakan bintang asal Thailand itu menyanyi secara live, tetapi muzik latar dipasang terlalu kuat sehingga menenggelamkan vokalnya.
Sementara mereka yang lain pula merasakan, sebagai bintang yang sudah lebih lapan tahun melakukan debut, Lisa harus lebih yakin menyampaikan nyanyiannya secara langsung sekali gus melengkapkan aksi hebatnya di pentas.
Aksi Lisa ketika membuat persembahan di Global Citizen Festival di New York baru-baru ini. |
Tidak dinafikan kehebatan Lisa beraksi di pentas dan sering tampil dengan 'vibe' memukau setiap kali melakukan persembahan. Namun sebagai penyanyi, pastinya elemen vokal secara langsung itu tetap menjadi keutamaan terutamanya apabila bergelar bintang global.
Kemampuan sebenar
Apatah lagi sebelum ini, Blackpink sering dipuji kerana kemampuan nyanyian secara langsung mereka setiap kali melakukan persembahan biarpun tampil lincah di pentas. Malah Lisa juga mempunyai banyak pengalaman beraksi di pentas besar bersama Blackpink yang turut dianggotai oleh Rosé, Jennie dan Jisoo di mana persembahan mereka sentiasa sukses dan menerima pelbagai pujian.
Jadi ada yang berpendapat, penyanyi berusia 27 tahun itu harus mengelakkan perkara sama daripada berulang pada persembahan akan datang. Lisa juga mungkin perlu melakukan sesuatu untuk tampil lebih baik , sekali gus menyerlahkan kemampuan sebenar dirinya ketika beraksi solo.
Tidak semua teguran itu berniat untuk menjatuhkan atau datangnya daripada pembenci. Malah bukan semua pujian juga diucap dengan 'benar' melainkan sokong yang membawa rebah.
Apa-apapun Lisa terus maju mengatur langkah dengan single demi single yang dilancarkan sebagai penyanyi solo. Bermula dengan Rockstar yang dilancarkan pada Jun lalu, New Woman (Ogos) dan terbaharu Moonlit Floor (Oktober). Difahamkan ada dua lagi single baharu yang sedang menunggu giliran untuk rilis. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
- anggota-blackpink-rancak-atur-aktiviti
- rockstar-lisa-menang-best-k-pop-mtv-vma
- tandatangan-kontrak-solo-dengan-label
TONTON VIDEO PILIHAN
0 Comments