Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Dicurangi isteri, Baim Wong failkan cerai


PELAKON popular Indonesia, Baim Wong memfailkan penceraian terhadap isterinya, Paula Verhoeven di Pengadilan Agama Jakarta Selatan, Indonesia pada Isnin.

Baim, 43, mendedahkan punca perceraian tersebut adalah disebabkan kecurangan yang dilakukan isterinya dengan sahabat baiknya sendiri.

"Sebenarnya saya berada dalam keadaan yang sangat sulit. Saya dikhianati dua orang terdekat. Lelaki itu rakan baik saya sendiri," ujarnya.

Pun begitu, aktor yang turut mencipta nama di Malaysia itu sudah memaafkan isterinya atas apa yang berlaku dan tidak mahu menyimpan dendam.

"Selepas kejadian itu saya sudah maafkan, dengan cara saya. Saya juga berdoa mudah-mudahan dia mendapat hidayah dan diberi jalan yang benar. Saya tidak mahu ada dendam," tegasnya.

Tambah Baim lagi, sudah lebih setahun dia cuba pertahankan rumah tangganya itu tetapi tidak berhasil dan mereka juga sudah tujuh bulan tinggal berasingan.

Spekulasi tentang keretakan rumah tangga Baim dan Paula menjadi bualan hangat sejak beberapa bulan lalu, tetapi kedua-duanya memilih untuk mengunci mulut.

Paula juga dikatakan menunaikan umrah tanpa kehadiran dan pengetahuan Baim baru-baru ini, sekali gus membenarkan khabar angin yang bertebaran itu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 22 November 2018 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Kiano Tiger Wong, 3, dan Kenzo Eldrago Wong, 2. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments