KUMPULAN punk rock kegemaran ramai, Bunkface, kembali tampil dengan penerbitan single terbaru mereka berjudul Memberontak.
Karya istimewa itu baru sahaja dilancarkan pada 18 Oktober lalu dan kini boleh dinikmati di kesemua platform muzik rasmi digital termasuk Spotify, YouTube dan lain-lain.
Menariknya, lagu Memberontak menampilkan bunyi-bunyian dan riff guitar yang lebih 'keras' bagi menyesuaikan cara penyampaian agar bersesuaian dengan cerita dan tema lagu single tersebut.
Bunkface yang dianggotai oleh Sam, Youk dan Pa’an mengakui eruja dantidak sabar untuk mempersembahkan lagu itu pada slot persembahan pentas mereka akan datang.
“Kami menerima banyak respon positif daripada peminat kami berkenaan lagu ini. Kebanyakkan mereka adalah peminat yang telah lama mengikut dan menyokong karya-karya Bunkface dari awal hari,” ujar Paan yang juga merupakan pemain gitar Bunkface.
Peminat boleh menjangka keghairahan dan semangat yang menjadi ciri khas Bunkface dalam muzik mereka, apabila Memberontak membawa pendengar dalam perjalanan melalui emosi yang tulen dan melodi memukau. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments