SENSASI pop dari Filipina, BINI mengejutkan peminat dengan kolaborasi menarik bersama bintang popular Indonesia, Agnes MO.
Projek istimewa itu menyaksika dua bintang itu mencipta semula single popular BINI yang berjudul
Cherry on Top (BiniMo Remix) untuk versi remix yang telah dilancarkan pada 4 Oktober lalu di semua platform penstriman digital.
Gandingan yang tidak dijangka ini mempertemukan dua artis wanita yang paling diraikan di Asia Tenggara dalam satu gabungan budaya dan muzik yang pasti memikat pendengar di seluruh dunia.
Kerjasama antara BINI dan Agnes MO tercetus setelah mereka bertemu di Enterprise Studios di Los Angeles dan di acara pelancaran Billboard Korea’s K Power 100 di Seoul.
Hubungan baik mereka didorong oleh pengalaman kreatif yang sama sebagai wanita yang kuat dan berdikari dalam industri muzik. Kedua-dua artis ini mempunyai semangat yang kuat untuk mengangkat budaya tempatan sambil memperkenalkan warisan mereka kepada penonton global.
Cherry On Top (BiniMo Remix) membina momentum reputasi antarabangsa BINI yang semakin berkembang pesat dan kehadiran Agnes Mo yang semakin menonjol di pentas global.
Fakta menarik BINI, Agnes MO
● Single
Cherry On Top telah meraih lebih daripada 43 juta penstriman di seluruh dunia, termasuk hampir 1.7B tontonan di TikTok dan 23 juta ciptaan di TikTok
● Awal tahun ini, BINI menjadi kumpulan pop Filipina pertama yang membuat persembahan di KCON, festival budaya dan muzik Korea terbesar di dunia. Penampilan mereka mencatatkan rekod dengan hampir 500 media menghadiri sesi panel mereka, dan hashtag #BINIatKCONLA2024 menjadi trending nombor #5 di seluruh dunia di X semasa acara tersebut.
● BINI telah menjual 50,000 tiket untuk siri konsert
Grand BINIverse dalam tiga tarikh di Araneta Coliseum, dengan tarikh terakhir habis terjual dalam masa hanya dua jam.
● Kolaborasi viral TikTok bersama artis global seperti Enhyphen dan Katseye telah meningkatkan kehadiran antarabangsa BINI, dengan jutaan tontonan dan memperluaskan pangkalan peminat mereka di seluruh dunia.
● Semasa di Los Angeles, lebih daripada 500 peminat (dikenali sebagai BLOOMs) berkumpul selama satu jam untuk menyaksikan persembahan kejutan BINI di atas bas ikonik Wish Bus.
● BINI baru-baru ini menghiasi papan iklan 3D Tensquare di Singapura untuk meraikan lagu asal
Cherry on Top. Paparan menarik ini menampilkan kucing hitam BINI, Ling Ling, dalam saiz yang luar biasa, mencetuskan keterujaan di kalangan ahli BINI dan peminat mereka.
● Mengukuhkan lagi kedudukan mereka dalam budaya pop, BINI baru-baru ini disorot dalam 14 Pinoy Acts You Should Know oleh Grammy dan P-pop Groups to Know oleh Vogue Singapore.
● Agnes MO telah berkolaborasi dengan beberapa nama terbesar dalam muzik baru-baru ini, termasuk hit global nombor #1 bersama Ciara pada tahun 2023,
Get Loose, dan kini bersama BINI.
● Single terbaharu Agnes MO,
Party in Bali, dilancarkan pada Ogos 2024 dan menjadi nombor #1 di Asia sebaik sahaja dikeluarkan.
● Agnes MO ialah artis rakaman dan pelakon paling banyak menerima anugerah di Asia, dengan lebih daripada 350 anugerah dan lebih 60 juta pengikut di platform media sosial.
Justeru kolaborasi kedua-dua artis ini dijangka akan membawa momentum hebat ke hadapan dengan muzik baharu, sekali gus mengukuhkan status mereka sebagai bintang antarabangsa.
- 7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments