Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Bikin kejutan buat peminat, KRU bakal kembali beraksi

| FOTO: Sony Music Malaysia

LEBIH tiga dekad membawa nama KRU dengan karya-karya ikonik buat penggemar muzik tanah air, semestinya populariti trio adik beradik Datuk Norman Abdul Halim, Datuk Yusry Abdul Halim dan Edry Abdul Halim masih kekal dalam ingatan ramai.

Biarpun beberapa tahun lalu mereka pernah mengumumkan persaraan selepas kali terakhir mengadakan konsert di Istana Budaya, kini kumpulan yang cukup dikenali pada era 1990-an hingga 2000-an itu bakal kembali menghangatkan industri.

Terbaharu, KRU membuat mengumumkan kerjasama dengan Sony Music Entertainment Malaysia sekali gus memberitahu kepada para peminat muzik serantau bahawa trio itu bakal kembali dengan beberapa kejutan terbaharu.

Kedua-dua pihak yakin bahawa kerjasama ini akan membuahkan pelbagai produk hiburan yang hebat dan luar biasa.

Apatah lagi, dengan komitmen terhadap inovasi dan kualiti, KRU juga berjanji untuk terus berusaha demi mencipta karya yang relevan dan menghiburkan.

"Ini satu hari yang bersejarah dan kami harap satu detik terbaik untuk peminat juga.

"Kami ada sebuah album yang akan dihasilkan berjudul Kaset, memuatkan 10 lagu yang akan turut diadakan konsert bersiri yang akan berlangsung pada tahun depan," ujar Norman mewakili KRU.

Pada era kegemilangan mereka, kumpulan ini menjadi kegilaan anak-anak muda dengan populariti lagu-lagu seperti Awas!, Ohh!La!La! dan Fanatik.


FOTO: Sony Music Malaysia

KRU yang tibuhkan pada 1992, pernah tersenarai sebagai salah satu kumpulan muzik tempatan yang berjaya mengubah revolusi dunia muzik serantau, malah mereka juga turut mencipta pelbagai fenomena sepanjang mereka berkarya di Malaysia dan luar negara. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments