Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Bekas penyanyi Iron Maiden, Paul Di'Anno meninggal dunia


BEKAS penyanyi kumpulan heavy metal popular Iron Maiden, Paul Di'Anno meninggal dunia di kediamannya di Salisbury, England pada Isnin.

Di'Anno atau nama sebenarnya, Paul Andrews, menghembuskan nafas terakhir usia 66 tahun. Berita duka tersebut dikongsi syarikat rakaman Conquest Music menerusi satu hantaran di laman media sosial mereka. Bagaimanapun butiran lanjut mengenai punca kematian, tidak didedahkan.

Ketika hayatnya, mendiang Di’Anno mengecap populariti selepas menyertai kumpulan legenda itu sebagai vokalis utama pada 1978. Dia sempat tampil dengan dua album album iaitu Iron Maiden yang diterbitkan pada 1980 dan Killers (1982).

Bagaimanapun atas sebab-sebab peribadi, Di’Anno keluar daripada Iron Maiden dan membawa haluan sendiri sebelum tempatnya digantikan Bruce Dickinson.

 Di'Anno (tengah) ketika masih bergelar vokalis Iron Maiden


Meneruskan kerjaya muzik, mendiang kemudiannya menganggotai beberapa kumpulan termasuk Battlezone dan Killers, selain aktif sebagai penyanyi solo.

Sejak beberapa tahun lalu, media melaporkan Di'Anno berdepan beberapa masalah kesihatan, tetapi masih mengadakan persembahan walaupun terpaksa berkerusi roda. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments