MENAMATKAN segala spekulasi berkaitan rumah tangganya, pelakon Emma Maembong mengesahkan sudah bercerai secara baik dengan bekas suami, Muhammad Shazli Azhar.
Emma atau nama sebenarnya Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 32, turut memaklumkan dia juga sudah selesai menjalani tempoh idah.
Pun begitu, ibu kepada dua anak itu enggan mendedahkan punca perpisahan dan butiran perceraian dia dan bekas suami kerana menganggap ia adalah soal peribadi dan bukan perkara yang indah untuk dikongsikan kepada umum.
Jelas Emma lagi, dia memilih merahsiakan berita penceraian tersebut kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan.
"Bagi saya, perpisahan ini bukan satu berita yang patut dibanggakan dan sebab itu saya mengambil langkah berdiam diri dan tidak bercerita kepada orang luar atau buat sebarang pengumuman," katanya sebagaimana dipetik daripada laporan Harian Metro.
Meskipun sudah berpisah dan membawa haluan hidup masing-masing, pelakon drama Takdir itu Milik Aku, itu berkata, hubungannya dengan bekas suami masih baik dan mahu fokus untuk membesarkan anak-anak dengan baik dan penuh kasih sayang.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Shariq Gabriel, 4, dan Shakil Aryan Shah yang kini berusia setahun. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments