Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Aktres Kim Soo Mi meninggal dunia akibat serangan jantung


PELAKON veteran popular Korea Selatan, Kim Soo Mi, dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada pagi Jumaat.

Memetik laporan media tempatan, bintang drama Country Diaries itu mengehmbuskan nafas terakhir pada usia 75 tahun.

Soo Mi ditemui tidak sedarkan diri oleh anaknya di kediaman mereka sebelumdibawa ke hospital St. Marry, Korea Selatan. Pun begitu, pelakon itu tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia di unit kecemasan hospital berkenaan.

Terdahulu mendiang dikatakan menghentikan segala aktiviti seni pada Mei hingga Julai lalu kerana kerap dimasukkan ke hospital. Namun pada September, dia kembali tampil berlakon walaupun kelihatan lemah sehingga ada peminat yang menyuarakan kebimbangan tentang kesihatannya.

Soo Mi bergiat aktif dalam dunai hiburan Korea Selatan selama lebih 50 tahun dan membintangi puluhan drama dan filem popular termasuk Hello, Franceska, Band of Sisters, The King And I, The Eldest dan banyak lagi. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments