Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Uncle Bos Mama kongsi kisah suka duka 'Mama Instant'

| FOTO: Astro

SENTIASA tampil dengan kepelbagaian genre dalam kandungan naskhah yang disiarkan kepada penonton, Astro kini tampil dengan drama Uncle Bos Mama.

Naskhah terbitan IFame itu memaparkan kisah seorang wanita yang menjadi bidan terjun sebagai ‘mama instant’ dan mengharungi hari-hari yang mencabar dalam membesarkan empat anak di bawah jagaannya.

Uncle Bos Mama yang merupakan karya adaptasi novel romantik kekeluargaan paling laris terbitan Karangkraf pada 2020 itu bersiaran pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam menerusi Astro Ria (saluran 104) dan strim menerusi platform On Demand, Astro Go dan sooka.

Menurut Hadith Omar, drama 24 episod arahannya itu mengetengahkan tentang ketabahan seorang wanita, nilai kasih sayang keluarga dan isu buli tempat kerja sebagai konflik utama dalam naratif.

"Naskhah ini sesuai ditonton oleh semua lapisan umur dan masyarakat kerana menampilkan banyak mesej yang boleh dijadikan teladan dalam kehidupan.

"Antaranya seperti kasih sayang seorang ibu terhadap anak-anak dan peranan seorang majikan dalam menjalankan tanggungjawab serta menjaga kebajikan pekerja seharusnya diambil oleh masyarakat di luar sana.

"Saya berharap penonton dapat menikmati naskhah ini sebaiknya dan akan lebih menghargai keluarga dan pekerja mereka selepas menonton drama ini,” katanya.

Kualiti lakonan

Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Ria, Idlan Zahari, berkata, suntikan elemen kekeluargaan adalah tulang belakang pada drama tersebut.

"Semua elemen yang digambarkan menerusi drama ini adalah elemen yang terjadi dalam kehidupan seharian kita menjadikan ia lebih dekat kepada para penonton, dan boleh dijadikan sebagai teladan. 

"Selain itu, drama ini menampilkan barisan pelakon hebat dalam mengisi watak yang tentunya akan meningkatkan lagi kualiti apabila dipersembahkan kepada penonton," ujarnya.

Pengarah bersama barisan pelakon Uncle Bos Mama| FOTO: Astro

Uncle Bos Mama mengisahkan tentang dengan Fish, lakonan Ezzanie Jasny yang menjadi bidan terjun sebagai seorang mama instant, menjaga empat anak yang telah ditinggalkan setelah kematian kakak angkatnya.

Dalam masa sama, dia terpaksa berhadapan konflik di tempat kerja apabila sering dibuli dan mendapat layanan buruk daripada majikannya yang ‘digelar bos dari neraka’ iaitu Josh (Merqeen), seorang yang keras kepala, baran dan angkuh.

Selain Ezzanie dan Merqeen, drama tersebut turut dibintangi Yusuf Bahrin (Haidir), Riz Amin (Shariman), Wan Nur Azlin (Maznah), Eliva Chua (Leona) dan ramai lagi. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:
[KREDIT: Astro - Terima Kasih Hafidz Selamat]

Post a Comment

0 Comments