Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Ucapan hari lahir, BCL luah kerinduan buat Ashraf Sinclair


BIARPUN sudah empat tahun pemergian Ashraf Sinclair, penyanyi Bunga Citra Lestari tidak lupa menitipkan ucapan istimewa bersempena ulang tahun kelahiran Allahyarham suaminya itu.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagramnya pada Rabu, Bunga atau BCL meluahkankan rasa rindunya terhadap Allahyarham Ashraf. 

"Selamat Hari Lahir. Banyak kata yang ingin saya katakan yang ingin saya ungkapkan, banyak cerita yang mahu dikongsi, tetapi saya tidak tahu bagaimana untuk meluahkannya.

"Apa yang saya boleh cakap adalah terima kasih. Terima kasih untuk segala momen terindah, semua kesusahan yang kita lalui, kegembiraan, gelak tawa dan tangisan yang kita kongsi.

"Terima kasih untuk semua kenangan kita," luahnya sebagai kapsyen pada sekeping foto Allahyarham Ashraf.

Dalam perkongsian sama, penyanyi lagu Cinta Sejati itu turut meluahkan kerinduannya kepada lelaki yang pernah berkongsi hidup dengannya selama 12 tahun sebelum meninggal dunia akibat serangan jantung pada 18 Februari 2020.

"Awak sangat bermakna untuk saya dan semua yang menyayangi awak. Semoga awak dapat meraikan ulang tahun kelahiran yang indah 'di sana'. Saya rindu awak," ungkapnya.

Bunga, 41, dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 14 tahun.

Selepas tiga tahun pemergian Ashraf, BCL kembali mendirikan rumah tangga dengan seorang usahawan Tiko Aryawardhana pada 3 Disember tahun lalu di sebuah resort mewah di Bali, Indonesia. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

TONTON VIDEO PILIHAN

Post a Comment

0 Comments