Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Top 6 'Travel hacks’ perlu diketahui ketika berkunjung ke Turkiye


TURKIYE menawarkan destinasi menarik dan pengalaman perjalanan menyeronokkan menerusi pelbagai kemudahan yang disediakan untuk pelancong.

Namun apa yang lebih penting adalah untuk mengetahui beberapa cara pintar atau travel hacks mampu memberikan pengalaman yang lebih baik dalam kunjungan anda ke negara itu.

Berikut adalah beberapa tawaran dan cara pintar yang perlu anda ketahui sebelum mengunjungi TĂĽrkiye sekali gus menjadikan perjalanan tersebut berjalan lancar tanpa sebarang kerumitan.

1. Dapatkan Pas Muzium

Cara terbaik untuk meneroka khazanah warisan sejarah dan budaya TĂĽrkiye adalah dengan mengunjungi muziumnya yang hebat. Memiliki Pas Muzium dapat menjimatkan kos apabila ia menyediakan akses kepada lebih 350 muzium dan tapak arkeologi di seluruh negara.

Ternyata lebih mudah untuk meneroka masa silam negara itu tanpa perlu menunggu dalam barisan untuk membeli tiket individu di setiap lokasi.

Disediakan dalam pelbagai jenis mengikut wilayah, harga dan tempoh sah, setiap Pas Muzium diaktifkan pada pintu masuk pertama anda ke muzium atau tapak bersejarah.

Pas ini boleh dibeli secara dalam talian atau daripada gerai tiket di premis muzium dan digunakan sekali untuk setiap muzium.

2. Perjalanan Kereta Api

Perkhidmatan sewa kereta antarabangsa dan tempatan banyak disediakan di TĂĽrkiye yang menyediakan fleksibiliti bagi pengunjung yang mahu melakukan perjalanan mengikut kesesuaian jadual dan keselesaan masing-masing.

Namun begitu, mengembara di negara ini dengan kereta api merupakan pengalaman paling unik dan menyeronokkan.

Rangkaian kereta api TĂĽrkiye yang merentasi semua wilayah dengan kereta api berkelajuan tinggi dan laluan penuh nostalgia, sememangnya menjanjikan perjalanan yang dilimpahi hamparan landskap alam semula jadi, sejarah dan budaya.

Terutamanya menerusi perjalanan kereta api nostalgia seperti Eastern Express yang begitu ikonik, Mesopotamian Express yang terkini dan Diyarbakır Express yang berlatarkan laluan indah.

Ia mendapat pengiktirafan daripada majalah Time sebagai salah satu daripada 'Tempat Terhebat Dunia 2024' dan mengubah perjalanan anda menjadi pengembaraan mempesona apabila perjalanan itu sendiri menjadi destinasi yang tentunya meninggalkan kesan tersendiri.


3. Bijak Berbelanja

Anda boleh menikmati pengalaman membeli-belah tradisional dengan mengunjungi bazar bersejarah, misalnya Grand Bazaar dan Spice Bazaar di Ä°stanbul, atau meneroka suasana membeli-belah yang lebih moden di pusat beli-belah di seluruh negara.

Setiap pembelian boleh dikecualikan cukai di TĂĽrkiye di mana anda boleh mendapatkan bayaran balik cukai untuk pembelian lebih daripada 108 TL bagi barangan dengan kadar cukai sebanyak 8 peratus (%) dan untuk pembelian lebih daripada 118 TL bagi barangan dengan kadar cukai 18%. Untuk  maklumat lanjut mengenai bayaran balik cukai, layari laman sesawang GoTĂĽrkiye.

4. Gunakan Pengangkutan Awam

Perkhidmatan pengangkutan moden merupaakan antara kemudahan pertama yang disediakan di TĂĽrkiye. Ternyata mudah untuk tiba di lapangan terbang negara ini menerusi penerbangan terus dari seluruh dunia.

Tatkala anda tiba, perkhidmatan teksi atau bas perantara boleh didapati di semua lapangan terbang di negara itu yang sekali gus membolehkan perjalanan lancar ke bandar-bandar Turki.

Pengangkutan awam menjadi satu lagi tarikan di TĂĽrkiye, yang menawarkan pelbagai pilihan bagi memenuhi apa jua keperluan perjalanan.

Sistem metro (laluan bawah tanah) yang meluas di metropolis, selain rangkaian bas, tram, feri dan kereta api yang boleh dipercayai, menjadikan perjalanan di persekitaran kota begitu lancar.

Anda hanya perlu membeli pas perjalanan yang sah digunakan untuk hampir semua kenderaan pengangkutan awam. Kemudian, dengan aplikasi peta di telefon, anda boleh ketahui hentian untuk turun daripada bas, tram atau metro, bergantung kepada lokasi tujuan anda.

5. Menjamu selera seperti masyarakat tempatan

Tidak kira ke mana jua anda melangkah di TĂĽrkiye, hidangan makanan Turki menyajikan pelbagai pilihan untuk anda menjamu selera di setiap wilayah.

Di samping hidangan klasik seperti kebab dan döner yang terkenal di seluruh dunia, anda harus mencuba hidangan makanan serantau. Apabila sudah merasa hidangan unik di setiap wilayah tersebut, tentu sekali anda akan turut menikmati tradisi kulinari Turki.

Cuba sarapan Turki, yang sememangnya bukan seperti sarapan biasa lain di mana ia menyediakan hidangan makanan yang lazimnya terdiri daripada roti segar, keju, buah zaitun, tomato, timun, telur, madu serta jem, dan dihidangkan  bersama teh asli Turki.

Anda juga boleh mencuba makanan tempatan terbaik di restoran tempatan, yang mana anda boleh memilih hidangan bufet atau membayar harga tetap untuk setiap hidangan. 'Lokantas' dan restoran lain biasanya dibuka hingga lewat malam di seluruh negara.



6. Layanan Mesra

Salah satu ciri yang paling menyerlah dalam budaya Turki ialah layanan mesra daripada penduduk setempat.

Sekiranya perlukan bantuan, anda hanya perlu bertanya dan mereka akan melakukan sedaya upaya mereka untuk membantu pelancong, sama ada untuk menunjukkan hala tujuan atau membantu dari segi pengangkutan.

Anda boleh temui ramai penduduk setempat yang fasih bertutur dalam bahasa Inggeris terutama di kawasan tarikan pelancong memandangkan bahasa tersebut merupakan bahasa asing yang paling banyak digunakan di negara itu. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments