Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Tandatangan kontrak solo dengan label terkemuka Amerika Syarikat, Jennie bakal rilis single baharu Oktober ini

| FOTO: Odd Atelier

Oleh: AILEEN ADAM

SETELAH sekian lama membuat perancangan dan persiapan, akhirnya Jennie membawa perkhabaran gembira buat para peminat apabila memaklumkan telah menandatangani kontrak kerjasama dengan Columbia Records sebagai artis solo pada Isnin.


Pengumuman tersebut sekali gus menandakan permulaan rasmi kolaborasi agensi miliknya, Odd Atelier (OA) bersama label terkemuka berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu yang kini sedang rancak mempersiapkan projek debut album solonya. Kerjasama antara kedua-duanya itu  merupakan partnership record label.

Serentak itu juga, OA memaklumkan Jennie bakal tampil dengan single baharu yang akan dilancarkan pada Oktober ini dan ia merupakan karya solo pertamanya selepas You & Me yang dilancarkan pada Oktober tahun lalu.

Berita sama turut dikongsi Columbia Records yang juga merupakan sebahagian daripada anak syarikat Sony Music Entertainment di platform media sosial rasmi mereka hari ini.

Label yang pernah  bekerjasama dengan nama-nama besar seperti Beyoncé, Adele, Shakira, Katy Perry, Miley Cyrus, Rosalia dan ramai lagi itu selepas ini akan terlibat dengan projek muzik Jennie sebagai artis solo.

Heboh di jagat raya

Perkhabaran tersebut semestinya mengundang teruja para peminatnya di seluruh dunia yang ternyata sudah tidak sabar menantikan apa yang akan dibawakan oleh bintang K-Pop sensasi itu menerusi single solo terbaharunya.

Apatah lagi Jennie, 28, sememangnya dikenali sebagai seorang yang 'perfectionist' dan memiliki  kreativiti serta kebolehan untuk cemerlang dalam gaya muzik yang berbeza.

Semenjak pengumuman itu dibuat, nama anggota Blackpink itu pantas trending di pelbagai platform media sosial apabila peminat heboh berkongsi tentang perkhabaran tersebut selain menjadi tajuk berita di pelbagai media.

Ini merupakan comeback solo pertama Jennie selepas menubuhkan agensi sendiri menguruskan kerjaya solonya, selain YG Entertainment yang masih mengendalikan kerjaya berkumpulannya bersama Jisoo, Rosé dan Lisa menerusi Blackpink.

Jennie janjikan karya terbaik dalam album debut solo akan datang | FOTO: Instagram Jennie

Terdahulu pada April lalu, single nyanyiannya berjudul Solo yang dirilis pada 2018 telah mencapai 1 bilion tontonan di YouTube, sekali gus menjadikan Jennie sebagai artis wanita K-Pop pertama yang meraih pencapaian tersebut.

Malah pada tahun lalu, penyanyi itu turut memecahkan rekod apabila kerjasamanya dengan The Weekend dan Lily-Rose Depp menerusi lagu One of the Girls yang juga merupakan lagu soundtrack siri The Idol (tayangan HBO) diputar lebih satu billion kali di Spotify sehingga mendapat pengiktirafan platinum daripada Persatuan Industri Rakaman AS (RIAA).

Pencapaian luar biasa itu juga menunjukkan betapa besarnya pengaruh bintang asal Korea Selatan tersebut di pentas global.

Selain One of the Girls, Jennie juga turut tampil dengan kolaborasi bersama Matt Champion menerusi Slow Motion dan Zico untuk lagu Spot! pada tahun ini. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:


TONTON VIDEO PILIHAN

Post a Comment

0 Comments