Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Sze Fei-Nur Izzuddin rangkul juara Terbuka China


Oleh: SHAZAN ZAIDI
BEREGU lelaki professional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani melakar sejarah manis apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka China yang berlangsung di Pusat Sukan Olimpik Changzhou, pada Ahad.

Pada aksi final kejohanan bertaraf Jelajah Dunia Super 1000 itu, Sze Fei-Nur Izzuddin meneewaskan wakil tuan rumah iaitu He Ji Ting-Ren Xiang Yu dengan 13-21, 21-12, 21-17 dalam masa 58 minit.

Kejayaan tersebut merupakan pencapaian terbesar pasangan beregu ranking ke-12 dunia itu setakat ini selepas muncul juara Terbuka Jepun, bulan lalu.

Kali terakhir wakil beregu lelaki negara memenangi Terbuka China adalah menerusi legenda adik-beradik Datuk Seri Jalani-Datuk Razif Sidek pada 1989.

Selaku juara, Sze Fei-Izzuddin membawa pulang hadiah kemenangan berjumlah AS$148,000 (RM622,361), manakala Ji Ting-Xiang Yu pula meraih AS$70,000 (RM294,360).

 Goh Soon Huat-Shevon Lai (kiri) bergelar naib juara setelah tewas kepada wakil tuan rumah, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping 21-16, 14-21, 17-21

Sementara itu, hasrat beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai untuk naik ke podium tertinggi kejohanan sama tidak kesampaian apabila tewas kepada pasangan China pada aksi final yang berlangsung sengit hari ini.

Soon Huat-Shevon muncul sebagai naib jura kejohanan apabila dikecewakan wakil tuan rumah, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping dengan 21-16, 14-21, 17-21 dalam aksi satu jam 11 minit.

Bagaimana pasangan suami isteri ini berjaya mengulangi pencapaian gandingan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang turut muncul naib juara pada edisi 2012.

Selaku naib juara, Soon Huat-Shevon membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah AS$70,000 (RM294,350), manakala Yan Zhe-Dong Ping meraih AS$148,000 (RM622,340).

Terdahulu pasangan negara itu menjuarai Terbuka Switzerland pada Mac lalu dan Masters Malaysia pada Mei. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments