Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Satria, Bangkit! Misi baharu Ejen Ali The Movie 2


PRIMEWORKS Primeworks Studios dan WAU Animation kini melancarkan Misi: First Look Ejen Ali the Movie 2 (EATM 2)di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KL Convention Centre) baru-baru ini.

Misi baharu EATM 2 itu merupakan trailer teaser rasmi yang menampilkan aksi berintensiti tinggi dan misteri yang mendebarkan dan penuh tanda tanya serta diselang-selikan dengan babak dan sinematik menyentuh hati untuk tontonan seisi keluarga.

Selepas kejayaan pecah panggung menerusi filem pertama Ejen Ali The Movie pada 2019, sekuel EATM 2, kini seterusnya melantik Ejen Ali sebagai juruterbang Projek Satria, iaitu sebuah sut berperisai baharu dengan bantuan  program Kecerdasan Buatan (AI) yang direka khas bagi mengoptimumkan lagi prestasi fizikal dan kemahiran mental ejen-ejen MATA semasa menjalani misi rahsia mereka.

Sekuel yang dinanti-nantikan ini dijangka akan menggegarkan pawagam secara rasmi pada 2025 dengan mengekalkan barisan penyumbang suara watak utama iaitu Ida Rahayu Yusoff sebagai Ejen Ali bersama kucing peliharaannya, Comot; Noorhayati Maslini Omar (Ejen Alicia), Shafiq Isa (Ejen Bakar) dan Azman Zulkiply (Rizwan dan Jeneral Rama).

Menurut Pengarah EATM 2 dan Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation, Usamah Zaid Yasin, pihaknya teruja memperkenalkan misi baharu tayangan pertama EATM2.

"Kami di WAU telah mencabar diri dalam penyelidikan dan pembangunan untuk tidak hanya meningkatkan kualiti produksi teknikal filem ini, tetapi juga untuk menghasilkan jalan cerita yang menarik bagi peminat yang menantikan misi Ejen Ali yang seterusnya.

"Kami berharap agar filem ini mendapat maklum balas positif serta tidak sabar untuk berjumpa dengan kesemua ejen-ejen yang setia bersama Ejen Ali di pawagam nanti,” katanya.


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Nini Yusof, pula berkata, EATM2 adalah filem yang dinantikan dan pihaknya berterima kasih kepada peminat serta MDEC atas sokongan berterusan. 

"Memandangkan kami bakal mendedahkan dan menyiarkan lebih banyak lagi kandungan khas berkenaan EATM2 ini di seluruh platform Media Prima menjelang tayangannya nanti, saya ingin mengalu-alukan kepada semua untuk terokai peluang kerjasama sebagai rakan kongsi dengan Ejen Ali melalui kandungan penjenamaan, program pelesenan dan pembarangan,” ujarnya. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments