Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Rockstar! Lisa menang The Best K-Pop MTV VMA 2024


Oleh: AILEEN ADAM
BINTANG K-Pop sensasi, Lisa Manobal terus mencipta kejayaan manis sebagai solois apabila berjaya membawa pulang kemenangan bagi kategori The Best K-Pop di MTV Video Music Awards (VMA) 2024 yang berlangsung di UBS Arena, New York, Amerika Syarikat pada Khamis.

Kejayaan yang diraih Lisa, 27, itu adalah menerusi single solo terbaharunya iaitu Rockstar yang rilis pada Jun lalu.

Bagi kategori tersebut, anggota kumpulan Blackpink itu berjaya mengetepikan calon lain iaitu Jung Kook menerusi lagu Seven, NCT Dream (Smoothie), New Jeans (Super Shy), Stray Kids (Lalalala) dan Tomorrow X Together (Deja Vu).

Ini merupakan penghargaan kedua yang diterima Lisa sebagai solois di acara tersebut setelah memenanginya buat pertama kali untuk kategori sama menerusi single solo debutnya, Lalisa, dua tahun lalu.

"Terima kasih MTV dan VMA untuk anugerah ini. Rockstar menjadi comeback yang sangat bermakna buat saya setelah Lalisa, jadi ini sangat istimewa untuk saya," ujarnya.

Dalam ucapan kemenangannnya, bintang asal Thailand itu juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong kerjaya seninya.

"Terima kasih kepada RCA Records, team LLOUD dan semua Blink (gelaran peminat Blackpink) dan Lilies (Peminat Lisa solo) di seluruh dunia. Khap khun kha!," ucapnya.


Dalam acara sama, Lisa turut tampil membuat persembahan dengan medley dua single baharunya, New Woman (kolaborasi bersama Rosalia) dan Rockstar.

Ia merupakan persembahan solo pertama Lisa di pentas berprestij itu, tetapi bersama Blackpink, dia pernah muncul mempersembahkan Pink Venom pada MTV VMA 2022.

Rockstar menjadi comeback solo pertama Lisa setelah merilis Lalisa pada 2021. Single itu juga merupakan projek pertama Lisa di bawah agensinya sendiri, Lloud yang ditubuhkan pada Februari 2024  dengan kerjasama label antarabangsa, RCA Records. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments