NESPRESSO memperkenalkan kempen terbarunya, 'Unforgettable Mornings' untuk mengubah momen kopi pagi daripada sekadar rutin biasa kepada ritual penjagaan dan kesedaran diri.
Nikmati rasa menyenangkan daripada Pumpkin Spice Cake untuk kedua-dua rangkaian Original dan Vertuo, serta kopi Peppermint Pinwheel dan Gingerbread untuk rangkaian Vertuo.
Musim ini dilengkapi dengan barisan barangan Nespresso seperti Nomad Travel Mug, Nomad Tumbler, dan Loop Coffee Mug untuk menikmati kopi anda di mana sahaja.
Mewujudkan ritual pagi boleh menetapkan nada positif sepanjang hari, dengan kopi menjadi elemen utama dalam ritual ini.
Dianggarkan 69 peritus (%) kopi dinikmati pada waktu pagi, dan separuh daripada waktu ini adalah sebelum atau semasa sarapan.
Menyedari kepentingan rutin tersebut, kempen Nespresso menekankan kepentingan memulakan hari dengan kegembiraan bagi mengajak pencinta kopi meluangkan masa untuk diri mereka sendiri setiap pagi.
Sebagai sebahagian daripada sambutan rutin pagi, Nespresso akan bekerjasama dengan The Flow Studio, studio yoga dan pilates terkenal untuk mengambil alih enam studio di seluruh negara selama 30 hari, daripada 2 September hingga 1 Oktober depan, bertepatan dengan Hari Kopi Antarabangsa.
Sepanjang pengambilalihan selama sebulan di cawangan The Flow Studio di seluruh negara termasuk Bangsar, KLGCC, Bukit Jalil, Damansara Heights, Taman Tun Dr Ismail, dan Gurney Walk di Pulau Pinang, pelbagai keistimewaan 'Unforgettable Mornings' akan ditawarkan.
Keistimewaan tersebut diperkenalkan untuk menggalakkan peserta kelas mengutamakan kesejahteraan diri, memulakan pagi mereka dengan menikmati kopi, dan kekal selaras dengan diri mereka sepanjang hari.
Hadiah menarik
Pengunjung boleh menikmati kopi Nespresso secara percuma sebelum dan selepas sesi yoga dan pilates mereka antara pukul 6 pagi sehingga tengah hari.
Tidak hanya itu, pengunjung yang menghadiri sekurang-kurangnya enam kelas pagi pada hari minggu sepanjang kempen ini juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah, termasuk mesin Nespresso Vertuo Pop, diskaun 20% untuk pembelian mesin, kredit kopi RM100, dan aksesori Nespresso.
Bagi meningkatkan keterlibatan dalam kempen sama, ahli Kelab Nespresso akan menikmati diskaun 30% untuk semua kelas drop-in mat dan reformer, serta potongan RM50 bagi setiap pembelian pakej 10 kelas kumpulan sepanjang tempoh kempen di studio tersebut.
Sebagai tambahan, kempen ini akan turut menampilkan kerjasama dengan Thomas Lelu iaitu seorang artis kontemporari, jurugambar dan penulis fiksyen dari Perancis, yang menambah lapisan inspirasi tambahan kepada kempen melalui mantera pagi yang cerdas dan berkaitan.
Menerusi kempen 'Unforgettable Mornings' juga, Lelu menggalakkan peminatnya untuk 'be the vibe you want to attract' dan mengingatkan mereka bahawa pagi dengan Nespresso adalah hadiah 'from me to me'.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen ini, sila layari laman web Nespresso di
http://www.nespresso.com/my .
ARTIKEL LAIN:
0 Comments