PELAKON legenda, Maggie Smith yang cukup popular dengan watak ikonik, Profesor McGonagall meninggal dunia di Westmister, United Kingdom pada Jumaat.
Maggie atau nama lengkapnya Dame Margaret Natalie Smith menghembuskan nafas terakhir di hospital di sisi rakan-rakan dan keluarga pada usia 89 tahun.
Berita duka itu dikongsi dua anak lelakinya, Toby Stephens dan Chris Larkin yang turut memberitahu mendiang ibunya pergi dalam keadaan yang tenang.
Berita duka itu dikongsi dua anak lelakinya, Toby Stephens dan Chris Larkin yang turut memberitahu mendiang ibunya pergi dalam keadaan yang tenang.
"Dia meninggal dunia dalam keadaan tenang pada awal pagi. Dia seorang yang menjaga privasi. Dia ada bersama ahli keluarga dan rakan-rakan ketika akhir hayat," ujarnya.
Ketika hayatnya, bintang asal Ilford, England yang memulakan kerjaya seni sekitar tahun 1952 itu telah membintangi lebih daripada 50 buah filem.
Kali terakhir, Maggie yang mempunyai dua anak lelaki dan lima cucu itu membintangi filem berjudul The Miracle Club tahun lalu.
Mendiang pernah memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Akademi (Oscar) pada tahun 1969 dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (1986) di acara anugerah sama, selain empat kemenangan di Anugerah Golden Globe dan empat lagi di anugerah Emmy.
Selain watak ikoniknya dalam siri Harry Potter, Maggie juga popular dalam drama Downtown Abbey menerusi watak Dowager Countess. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments