Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Platform YouTube tingkatkan keberkesanan iklan lebih tinggi daripada TV

FOTO: Google Malaysia

PLATFORM YouTube mencapai lebih 20 juta orang di Malaysia berumur 18+ pada bulan Jun 2024 sahaja, mewakili lebih 90 peratus (%) populasi dalam talian Malaysia (Data Dalaman YouTube, Jun 2024).

Sebagai sebuah platform kepada kandungan berkualiti dan penonton yang terlibat secara mendalam, masa menonton YouTube di Malaysia juga meningkat lebih 10% tahun ke tahun pada bulan Jun 2024 berbanding 2023 (Data Dalaman YouTube, Jun 2024).

Menurut kajian yang telah dilakukan oleh dengan Nielsen, YouTube adalah salah satu saluran media yang paling berkesan untuk pengiklanan.

Secara purata, ia adalah 1.31 kali lebih berkesan daripada TV linear dan 1.83 kali lebih berkesan daripada platform digital lain.

Ketua Video Negara, Google Malaysia, Loh Ben Jern, berkata, rakyat Malaysia datang ke YouTube kerana mereka boleh mengakses kandungan dalam pelbagai format.

"Mereka boleh memulakan perjalanan penerokaan mereka dengan kandungan bentuk pendek dan kemudian pergi lebih mendalam dengan video bentuk panjang, dari sepuluh saat hingga satu jam mengenai topik yang sama dan sebagainya.

"Ringkasnya, YouTube menarik minat orang ramai dan berkesan untuk jenama,” ujarnya.

Memperkasakan ekonomi 

Komuniti pencipta kandungan YouTube yang berkembang maju di Malaysia juga telah menyaksikan pertumbuhan yang luar biasa.

Bilangan penerima Gold Creator Award telah melonjak daripada hanya tiga saluran pada tahun 2016 kepada lebih 130 saluran pada tahun 2024 (Data Dalaman YouTube, Disember 2023).

Selain itu, Malaysia juga menganugerahkan Diamond Creator Award yang terbaharu kepada Siow Wei (im_siowei), yang telah meraih pencapaian 10 juta pelanggan.

Jangkauan global YouTube telah memainkan peranan penting dalam kejayaan Siow Wei, dengan penontonnya yang merentasi seluruh dunia.

Tambah Ben lagi, hubungan yang mendalam antara peminat dan pencipta kandungan di YouTube telah memupuk penglibatan penonton yang sangat mendalam.

"Metrik tontonan unik YouTube memastikan para pengiklan menjangkau pengguna yang benar-benar berminat dengan kandungan mereka.

"Penyelesaian dikuasakan AI YouTube juga memainkan peranan penting dalam membantu perniagaan mencapai matlamat pemasaran.

"Jenama kini boleh memanfaatkan alatan seperti Video Reach, Campaigns, Video View Campaigns dan Demand Gen untuk mendorong jumlah tontonan, jangkauan, permintaan dan jualan.

"Alat-alatan ini membantu para pemasar menjimatkan masa, meningkatkan pulangan pelaburan mereka dan mencipta kempen yang lebih berkesan,” katanya.

Kempen Terbaik Anugerah YouTube Works

Kini dalam edisi kesembilannya, Anugerah YouTube Works, dengan kerjasama Kantar, meraikan kempen YouTube yang paling terbaik pada tahun ini.

Para pemenang mempamerkan cara yang inovatif jenama memanfaatkan YouTube untuk berhubung dengan penonton dan mencapai matlamat pemasaran mereka.

Pemenang tempatan berikut telah berjaya mara ke pusingan terakhir peringkat Asia Tenggara, di mana pemenang terunggul akan ditentukan. - 7KLIK

| FOTO: Google Malaysia

Senarai Penuh Pemenang

● Best of Malaysia: GXBank Malaysia - It All Starts With A Pocketful of Dreams
● Best of Google AI: Maxis - Magic At Home
● Brands & Creators: McDonald’s Malaysia - Vibe Kopi Susu Blending Coffee & Culture
● Masters of Media: McDonald’s Malaysia - Prosperity Burger
● Best of Festive: RHB Bank - Forgiveness
● The Big Bang: GXBank Malaysia - It All Starts With A Pocketful of Dreams
● The Long & Short: Aiken - Shine Bright this CNY 2024
● Force for Good: Dumex Dugro - Building an Iron Strong Generation
● Best Brand Story: ZUS Coffee - ZUS Coffee Buatan Malaysia


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments