Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Penuh pesona, atlet menembak Korea Selatan, Kim Ye-ji tampil peraga fesyen Louis Vuitton di Majalah W


Oleh: AILEEN ADAM
SELEPAS mencipta sensasi dek gaya dan aksi bersahajanya ketika bertanding di temasya sukan Olimpik Paris pada Ogos lalu, siapa sangka penembak wanita Korea Selatan, Kim Ye Ji masih terus mendapat sorotan pelbagai pihak sehingga kini.

Terbaru, Ye Ji yang juga pemenang pingat perak dalam acara menembak 10 meter wanita di temasya sukan berprestij itu diundang memperagakan fesyen jenama mewah, Louis Vuitton di Majalah W.

Biarpun kali pertama melakukan hal tersebut, atlet jelita itu sedikitpun tidak kelihatah kekok, malah beraksi persis supermodel yang arif di bidang itu.

Ye Ji mengakui terkejut apabila mendapat tawaran tersebut, malah sempat mempersoalkan tentang pemilihannya itu.

"Kenapa saya? Ada ramai lagi yang menang emas, tapi kenapa hubungi saya. Kenapa Elon Musk sebut nama saya? Saya indvidu yang sama sejak mula menembak di sekolah menengah," ungkapnya.

Pun begitu, Ye Ji tampil dengan penuh dengan pesona, sekali gus menyerlah sisi berbeza dirinya yang tidak pernah dilihat sebelum ini. 


Mempunyai alasan tersendiri menerima tawaran itu, Ye Ji berkata, kemunculan di media adalah untuk mempromosikan sukan yang diceburi agar lebih ramai yang tahu tentang sukan menembak.

"Bintang Olimpik selaluya diberi perhatian dan diingati orang ramai untuk tempoh yang singkat. Jadi saya yakin dengan kemunculan di media, lebih ramai yang akan mengenali sukan menembak," katanya. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments