Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Pemilik suara 'Darth Vader', James Earl Jones meninggal dunia


PELAKON James Earl Jones dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Los Angeles, Amerika Syarikat pada Isnin.

Jones yang meminjamkan suaranya untuk karakter penjahat galaksi, Darth Vader dalam siri filem popular Star Wars itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 93 tahun.

Bagaimanapun, punca kematian pelakon veteran itu tidak tidak didedahkan kepada umum. Namun Jones sebelum ini dilaporkan menderita diabetes.

Berita pemergian bintang disegani itu mendapat perhatian dan penghormatan di media sosial apabila ramai dalam kalangan selebriti, rakan kerja dan peminat turut bersedih dan mengucapkan takziah buat keluarga mendiang.

Selain sinonim sebagai pemilik suara karakter Darth Vader, mendiang juga mengisi suara untuk karakter Mufasa menerusi filem The Lion King.

Tidak hanya itu, suara Jones juga didengari dalam puluhan iklan televisyen dan mungkin tidak ramai yang tahu saluran berita antarabangsa, CNN juga menggunakan suaranya pada pengenalan siaran beritanya, 'This is CNN'.

Ketika hayatnya, aktor hebat itu pernah memenangi beberapa anugerah berprestij seperti anugerah Tony Awards untuk filem The Great White Hope pada 1969 dan Fences (1987) di Broadway. Diikuti Emmy Awards (1991) untuk Gabriel's Fire dan Heat Wave di televisyen. Tidak ketinggalan mendiang juga dianugerahkan Oscar kehormat dalam kategori pencapaian seumur hidup pada 2011.

Jones meninggalkan seorang anak lelaki iaitu Flynn Jones dan isterinya pelakon Celia Hart meninggal dunia akibat kanser pada 1982. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments