Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Pelakon The Glory, Park Ji Ah meninggal dunia akibat pendarahan otak


Oleh: AILEEN ADAM
PELAKON drama The Glory, Park Ji Ah meninggal dunia sekitar jam 2.50 pagi Isnin akibat pendarahan otak.

Mendiang yang memegang watak ibu kepada Dong Eun lakonan Song Hye Kyo dalam siri drama popular yang disiarkan di Netflix pada 2022 itu dilaporkan pengsan sebelum dikejarkan ke hospital.

Berita pemergian bintang berusia 52 tahun itu disahkan agensinya, Billions dalam satu kenyataan kepada media.

"Kami ingin memaklumkan berita cukup menyedihkan bahawa Park Ji Ah meninggal dunia jam 2.50 pagi tadi pada usia 52 tahun akibat stroke iskemik.

"Kami akan sentiasa mengenang semangat yang dimiliki mendiang terhadap dunia seni yang ditunjukkan sehingga akhir hayatnya,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Stroke iskemik berlaku akibat adanya gumpalan darah yang menyumbat pembuluh darah di otak. Ji-Ah sebelum ini dikatakan bertarung nyawa melawan penyakit yang dirahsiakan sejak sekian lama, selain pernah diserang angin ahmar.

Difahamkan upacara pengebumian aktres berkenaan bakal berlangsung di Asian Media Centre, pada jam 10 pagi Rabu ini.

Ji Ah yang merupakan graduan Institusi Seni Seoul dalam Sarjana Muda Teater mula menceburi dunia lakonan pada 2002, menerusi filem The Coast Guard dan diikuti Oh! LaLa Sisters, Gidam dan Gonjiam. Filem terkahir lakonannya, Hijacking 1971 baru sahaja menemui penonton baru-baru ini.

Tidak hanya filem, pelakon itu juga membintangi pelbagai drama termasuk Cleaning Up, Bloody Heart, Judge Vs Judge dan banyak lagi. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments