JAGUH badminton para negara, Cheah Liek Hou menyumbang pingat emas pertama buat Malaysia menerusi kemenangannnya dalam aksi final perseorangan lelaki SU5 (Kecacatan fizikal) di Porte de La Chapelle Arena, paris pada Isnin.
Liek Hou menewaskan pemain Indonesia, Suryo Nugroho dalam perlawanan 'straight set' dengan mata 21-13, 21-15.
Kejayaan itu sekali gus menyaksikan atlet 36 tahun itu mempertahankan pingat emas yang dimenangi temasya sukan sama di Tokyo 2020.
Dalam perkembangan lain, seorang lagi bintang badminton para negara, Muhammad Fareez Anuar tewas kepada pemain Indonesia Dheva Anrimusthi dengan mata 21-17, 19-21, dan 12-21 dalam aksi perebutan pingat gangsa perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal).
Ini merupakan penampilan sulung Fareez di pentas temasya sukan terbesar dunia itu. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments