| FOTO: Bernama |
Oleh: SHAZAN ZAIDI
JAGUH angkat berat para negara, Bonnie Bunyau Gustin, mencatat manis dengan menyumbang pingat emas kedua negara di Arena Porte de La Chapelle, Paris pada Jumaat.
Bintang kelahiran Sarawak yang juga juara dunia 2023 kategori 72kg itu mengulangi kejayaan di Paralimpik Tokyo 2021 sekali gus mempertahankan pingat emas yang diraih pada temasya sukan itu.
Lebih membanggakan, Bonnie telah memecahkan rekod dunia miliknya sendiri (231kg) dengan angkatan baru 232kg yang turut mencatatkan rekod baharu.
Terdahulu pingat emas pertama negara disumbangkan oleh jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou pada Selasa lalu. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments