PENGELUAR susu oat berkrim terkemuka di Asia, OATSIDE kini memperkenalkan dua perisa minuman baharu, Caramel Macchiato dan Mocha.
Dihasilkan dengan adunan biji kopi yang dipanggang sempurna dan susu oat istimewa Barista Blend OATSIDE, perisa baharu itu selari dengan slogan 'OATSIDE dan Kopi, Ngam Sekali!'.
Ia bersesuaian dengan rutin harian dan membolehkan anda menikmati kopi kegemaran pada bila-bila masa, tidak kira di mana.
Sejak dilancarkan di Malaysia pada 2022, Barista Blend OATSIDE menjadi kegemaran ramai, disukai kafe, barista dan pengguna. Ia memainkan peranan penting dalam usaha mencipta adunan tersebut bagi memenuhi jangkaan tinggi para barista dan penggemar kopi.
Varian terbaru itu akan membuat penampilan pertamanya di Ping Min Coffee Festival 2.0 di Piazza Pavilion Bukit Jalil dari 27 hingga 29 September ini.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif OATSIDE, Benedict Lim, berkata, pihaknya telah melancarkan Pocket Pack di Malaysia pada awal tahun ini dan mendapat sambutan hangat untuk OATSIDE Coffee Oat Lattes.
"Perkembangan tersebut telah mendorong kami untuk memperkenalkan Caramel Macchiato dan Mocha baharu ini.
"Kami ingin memastikan ada perisa yang sesuai untuk setiap penggemar kopi di luar sana. Kami mencipta Mocha dengan rasa coklat yang kaya dan beraroma, manakala Caramel Macchiato dengan rasa molasses dan karamel yang kuat bagi mengimbangi rasa kopi yang pahit..
"Kedua-dua perisa ini bukan sahaja hebat tetapi turut mematuhi garis panduan pemakanan dengan memastikan kadar kandungan gula yang rendah,” ujarnya.
| FOTO: Oatside |
Caramel Macchiato
Bersedia untuk menikmati rasa OATSIDE Caramel Macchiato yang hebat. Ia bukan sekadar hidangan kopi biasa, ia adalah adunan sempurna oat berkrim dan rasa karamel yang pastinya merangsang selera. Lupakan rasa yang membosankan dan bersedia untuk menerokai pengalaman kopi yang serba baharu.
Bagi anda yang ingin memulakan pagi dan minum tengah hari dengan rasa yang hebat, OATSIDE Caramel Macchiato adalah pilihan paling sesuai untuk anda melenyapkan gelora di dalam jiwa sambil menikmati keenakan oat dan karamel dalam setiap tegukan.
Mocha
Tidak dapat memilih antara coklat dan kopi? Dengan OATSIDE Mocha, anda tidak perlu memilih, nikmati kedua-duanya dalam satu cawan yang memikat.
OATSIDE Mocha merupakan adunan menarik yang dihasilkan untuk meningkatkan rasa kopi anda. Bayangkan gandingan unik adunan biji kopi yang dipanggang sempurna dan kehalusan oat, semuanya dalam satu ramuan berkrim yang memikat.
Bebas tenusu dan laktosa, ianya sesuai untuk mereka yang mengidamkan rasa mocha tanpa sebarang kompromi. Setiap tegukan memberikan gabungan harmoni antara kelazatan dan kemewahan.
Ping Min Coffee Festival 2.0 akan berlangsung di Piazza, Pavilion Bukit Jalil pada 27 hingga 29 September | FOTO: Oatside |
OATSIDE Caramel Macchiato dan OATSIDE Mocha dihasilkan dengan adunan biji kopi yang dipanggang sempurna dan susu berasaskan oat OATSIDE yang anda gemari, di mana ia berasaskan tumbuhan, bebas kolesterol dan laktosa serta rendah lemak tepu.
Kedua-dua perisa ini boleh didapati di Family Mart, 7-Eleven, myNews, CU, Emart, Lotus, Jaya Grocer, Village Grocer, AEON, Shopee, TikTok Shop tidak lama lagi.
Dalam pada itu, terokai dunia kopi yang serba meriah di Ping Min Coffee Festival 2.0, di mana OATSIDE dengan bangganya menjadi rakan penganjur rasmi untuk meraikan rasa cinta rakyat Malaysia terhadap kopi.
Bermula dari 27 hingga 29 September di Piazza, Pavilion Bukit Jalil, para pengunjung ke pesta ini boleh menikmati pelbagai aktiviti menarik yang disediakan di samping merebut peluang untuk membawa pulang Pocket Pack perisa kopi terbaru OATSIDE dan pelbagai barangan eksklusif, sementara stok masih ada.
Siri kopi OATSIDE akan berada di Ping Min Coffee Festival 2.0 untuk hujung minggu yang penuh dengan kegembiraan, rasa, dan barangan eksklusif. Tidak kira sama ada anda seorang penggemar kopi atau sekadar mencari aktiviti unik untuk disertai, pasti ada sesuatu yang 'Ngam Sekali' – untuk dinikmati semua orang. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
- sony-launches-smoky-pink-headphones-in
- ritual-penjagaan-diri-unforgettable
- sailfish-swim-academy-paves-wave-with
[KREDIT: Oatside]
0 Comments