Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Misi My Name Is Gabriel tampilkan Jennie jadi kenyataan


Oleh: AILEEN ADAM

BIARPUN sebelum ini Jennie telah menolak tawaran untuk membintangi rancangan variety My Name Is Gabriel, anggota Blackpink itu akhirnya akur dengan pujukan penerbitnya untuk tampil sebagai bintang tamu.

Terdahulu bintang K-Pop sensasi itu sebelum ini menolak tawaran tersebut kerana ketika itu baru sahaja selesai dengan program realiti Apartment 404, selain terikat dengan banyak komitmen lain termasuk mahu memberi fokus kepada persiapan debut album solonya.

Pun begitu, pasukan produksi My Name Is Gabriel dikatakan tetap tidak berputus asa dan berhubung dengan pengurusan Jennie beberapa kali untuk memujuk dan meminta pertimbangan semula daripada Jennie biarpun sebagai bintang tamu.

Hasilnya kata sepakat berjaya dicapai dan bintang berusia 28 tahun itu bersetuju menyertai program tersebut setelah melihat usaha dan kesungguhan yang ditunjukkan pihak produksi .

Jennie bakal muncul sebagai Maria, pemilik sebuah farmhouse di Rome yang menguruskan keperluan pelanggan yang datang dengan pelbagai aktiviti termasuk memasak.

Penyanyi dan pelakon itu telahpun selesai menjalani penggambaran yang dilakukan Rome, Italy telah baru-baru ini.

Penampilan Jennie dalam My Name Is Gabriel adalah pada dua episod terakhir program itu yang akan ditayangkan pada 27 September dan 4 Oktober depan menerusi Disney+ Hotstar.


Trending

Berita tersebut pantas menarik perhatian para peminatnya yang turut berkongsi poster karakter Jennie dan hebahan berkenaan berita itu sehingga trending di media sosial.


My Name Is Gabriel yang dibintangi Park Bo-gum, Park Myung-soo, Yeom Hye-ran, Hing Jin-kyung, Ji Chang-wook, Dex dan Gabi merupakan program realiti mengenai para selebriti yang menjalani kehidupan sebagai orang biasa selama 72 jam.

Pelantun lagu Solo dan You & Me itu menjadi idol pilihan yang tampil dalam beberapa program di platform berbeza iaitu Light Up the Sky di platform penstriman Netflix, The Idol (HBO), Apartment 404 (Prime Video) dan My Name Is Gabriel (Disney+ Hotstar).

Dalam perkembangan lain, Jennie yang juga pemilik agensi Odd Atelier Entertainment itu kini dalam proses akhir pembikinan album solonya yang bakal menemui peminat tidak lama lagi. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:


TONTON VIDEO PILIHAN

Post a Comment

0 Comments