Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Kisah Pua Kumbu kaum Iban dalam Selampai Labung sempena Hari Malaysia

 Johan As’ari dan Dewi Seriestha selaku teraju utama Selampai Labung | FOTO RTM

BERSEMPENA sambutan Hari Malaysia yang bakal diraikan tidak lama lagi, RTM tampil membawakan telefilem berjudul Selampai Labung.

Naskhah terbitan Unit Drama TV RTM itu bakal mengisi slot Panggung RTM pada 14 September, jam 9 malam menerusi TV1 dan RTMKlik.

Selampai Labung mengajak penonton mengenali warisan Pua Kumbu iaitu seni tenunan tekstil istimewa masyarakat Iban yang dikekalkan sehingga kini. 

Karya arahan Danny Alamsyah itu menceritakan tentang Elvina dan Sunan, dua insan dengan latar berbeza bertembung kerana terikatnya mereka dengan warisan, budi, dan harapan.

Elvina merupakan waris Enny, Indu Ngar di Nanga Krau yang telah meninggalkan rumah panjang itu berbelas tahun lamanya. Kepulangannya ke Nanga Krau adalah demi menyahut kepentingan peribadinya.

Namun pertertemuannya dengan Sunan, Jara dan Gawin membuka lembaran sejarah silam keluarganya dan masa depan tradisi Pua Kumbu yang semakin pupus ditelan zaman.

| FOTO: RTM


Memilih lokasi di Negeri Bumi Kenyalang, Sarawak, penggambaran telefilem ini telah berlangsung pada 16 hingga 31 Julai lalu.

Selampai Labung menampilkan barisan pelakon seperti Johan As’ari, Dewi Seriestha, Samarinna Tolhip, Wily Alfred, Tony Eusoff dan Sherie Merlis. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

[KREDIT: RTM - Terima Kasih Nurul Fariza]

Post a Comment

0 Comments